I made this widget at MyFlashFetish.com.

Welcome To My Blog!!

This blog has been made since last year (2010). Initially, I was not sure what should I share in my blog?? So, I started my writing things with any thought about something that I really interest to talk about such as movies, people attitudes and so on.. After a long time, I started to be bored in updating my blog because I actually didn't know what more should I share in my blog?? So now, I got an idea how to continue my writing things.. I prefer to write a series story which is actually based on the true stories.. Hehe.. But, with a big changes here and there compared to the real stories to make it more fresh and attractive.. Initially, I want to write a novel but I just don't know what is the true format to do so.. so, I change my intention and just write the series story..

Don't forget to keep reading my series story until the story reaches to the end.. Thnx 4 Visiting.. Have a nice life~


P/s: But I think they are really came from my heart.. :)

Sunday, September 5, 2010

Kisah (Bhgn 2) : Teman Baru~

Bismillahirrahmanirrahim~

Julai 2009

Aku berasa sangat terpegun melihat keluasan tempat ini. Aku tahu, di sinilah aku akan belajar erti kehidupan melalui skop yang lebih luas. Masa depanku terletak di sini. Ditemani ibu dan ayah, aku mendaftarkan diri di menara gading. Segala persiapan termasuklah borang-borang pendaftaran, pakaian, dan kelengkapan peribadi telah aku siapkan sejak malam tadi lagi. Ibu turut bersengkang mata membantuku mengemas barang-barang. Jasa yang tidak akan kulupakan sampai bila-bila.

Selesai mendaftar sebagai pelajar, aku menuju ke kolej kediaman untuk mendaftarkan diri. Setelah selesai semuanya, ak terus menuju ke bilik bersama ibu dan ayahku. Tiada sesiapa di bilik itu. Tidak lama kemudian, ayah dan ibu pun beransur pulang. Aku berasa amat penat untuk meneruskan kerja-kerja pengemasan barang-barangku. Lantas, aku mendapatkan katil untuk berbaring dan mula menggodek-godek telefon bimbitku. Aku menghantar mesej kepada temanku dari matrikulasi. Dia juga mendapat universiti yang sama denganku tetapi tidak pula aku diberitahu kolej kediaman yang akan dia netapi.

Mesage: Salam. Ko kt mne skg nih?
Send to: Haikal Praktikum.

Beberapa minit kemudian...

Kring!! Kring!!

Nas:  Hello, assalamualaikum. (sambil ketawa)

Haikal: Waalaikumussalam. Kau dekat mana ni?

Nas: Aku dah dekat kolej ni, KOSASS. Kau pulak?

Haikal: Kau biar betul ni. Aku pun dapat KOSASS jugak lah.

Nas: Serius?

Haikal: Betul lah, takkan aku nak bergurau pulak. (sambil ketawa) Ko dekat floor berapa?

Nas: Ground floor. Bilik 4006.

(tiba-tiba pintu bilik diketuk)

Nas: Haikal, aku telefon kau balik nanti.

Haikal: Okay, aku nak berkemas sekejap. Lepas aku dah solat asar nanti aku datang. Okay?

Nas: Okay-okay. Assalamualaikum.

Haikal: Walaikumussalam.

Aku mendekati pintu untuk mendekati pasangan anak-beranak. Aku kira anak kepada si lelaki yang sudah separuh umur itu adalah rakan sebilikku. Aku bersalam dengan mereka dan menjemput mereka masuk.

Mubin: Mubin. (sambil bersalam dia memperkenalkan dirinya)

Nas: Nasri. Panggil Nas je. (mereka senyum sesama sendiri)

Sambil Mubin mengemas barang-barangnya, aku bersembang dengan Pak Cik Halim, ayah Mubin. Pelbagai cerita keluar mengenai anaknya Mubin. Mubin hanya diam dan kadang-kadang tersenyum dengan cerita ayahnya. Tidak lama kemudian, ayahnya ingin mengundurkan diri. Di depan pintu bilik, ayahnya memberi sedikit nasihat sambil mengusap-ngusap rambut anaknya. Sebelum pergi, Mubin mencium tangan ayahnya lantas ayahnya mencium pipinya.

Mubin: Ayah. (Mubin kelihatan malu dengan tindakan ayahnya itu)

Kemudian, ayahnya pun beredar. Haikal berjalan bertentangan dengan ayah Mubin. Dia memberikan senyuman sambil menundukkan dirinya sedikit tanda hormat. Haikal mendekati bilik aku. Mubin masuk ke dalam bilik.

Haikal: Jom pergi makan.

Nas: Aku tak solat lagi. Tunggu kejap. Duduk la dulu. (aku mendekati Mubin) Mubin, nanti aku dengan Haikal nak pergi makan. Jom la join sekali.

Haikal: Nas, aku pergi toilet kejap.

Mubin: Okay. Nak kemas barang sikit lagi.

Nas: Aku nak tanya sikit?

Mubin: Tanyalah.

Nas: Kau datang dengan ayah kau je. Mak kau tak dapat datang ke?

Mubin: Mak aku dah lama meninggal. Masa aku kecil lagi.

Nas: Oh, sorry.

Mubin: Tak ada apa-apa lah. (sambil tersenyum)

Nas: Aku nak pergi solat dulu lah.

Mubin tersenyum dan mengangguk-angguk kepalanya.

                                                                                                                                          Bersambung...






Wednesday, September 1, 2010

Kisah (Bhgn 1) : Pertemuan~

Bismillahirrahmanirrahim~

April 2010

Hari itu adalah hari yang paling mengembirakan. Aku, Mubin dan Haikal sama-sama meraikan hari bahagia itu di salah sebuah pusat beli-belah di ibu kota. Maklum sahaja, peperiksaan akhir sudah selesai semuanya dan itu menandakan cuti semestar pun telah bermula.

Sebelum pulang ke rumah masing-masing, seronok juga dapat berhibur bersama kawan-kawan. Lagipun, selama dua bulan kami tidak akan berjumpa. Mubin berasal dari Langkawi dan Haikal pula adalah anak jati Pahang. Masing-masing tinggal berjauhan termasuklah aku yang tinggal di Shah Alam. Namun, persahabatan kami tetap utuh. Kami saling membantu, kami bagaikan satu.

Macam-macam yang aku nak buat hari tu. Nak main boling, nak tengok wayang dan macam-macam lagi la. Lagipun, stress menjawab kertas soalan aljabar tadi harus juga diredakan.

di kawasan beratur untuk membeli tiket wayang..

Nas: Hmm, nak tengok cerita apa ni?

Haikal: Apa-apa pun boleh.

Nas: Yela, filem "apa-apa" mana ada dalam senarai now showing pun. (aku ketawa diikuti Haikal dan Mubin)

Mubin: Kita tengok Alice In Wonderland je la. Aku memang dah lama nak tengok cerita tu. Kita tengok yang 3D punya. Macam mana?

Haikal: Tapi ada yang cakap cerita tu tak best la.

Nas: Member aku pulak cakap cerita tu best. Tak tau la, lain orang lain seleranya kan? (aku hanya tersenyum)

Mubin: So, macam mana?

Nas: Kita tengok je la. lagipun cerita lain pun belum tentu best ke tak kan?

Haikal: Okay, no hal. 3D la kan. Hmm, siapkan duit korang. 17 ringgit nak terbang ni. (kami ketawa ringan)

Di depan surau dalam pusat beli-belah berkenaan...

Mubin: Wei, aku ke tandas dulu. Rasa nak terkucil pulak.

(tandas terletak tidak begitu jauh dari surau)

Haikal: Aku pun. (Haikal mengikuti Mubin dari belakang)

Aku masuk ke surau untuk menunaikan solat asar terlebih dahulu. Selesai solat, aku keluar dari surau dan terserempak dengan Mubin yang ingin masuk ke dalam surau. Aku bertanyakan tentang Haikal dan dia menjawab barangkali Si Haikal sedang lepas hajat besarnya. Aku hanya mampu tersenyum.

Aku berjalan sambil melihat rangka-rangka gambar yang ada dijual berdekatan dengan surau itu sementara menunggu Haikal dan Mubin selesai solat. Tiba-tiba, seseorang menyapaku dari tempat yang tidak begitu jauh.

Nisa: Nas.

Nas: (aku berpaling) Nisa.

Nas (monolog): Alangkah indah jika waktu dapat dihentikan, agar aku dapat bersama dengannya dengan lebih lama.


                                                                                                      Bersambung...







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...