I made this widget at MyFlashFetish.com.

Welcome To My Blog!!

This blog has been made since last year (2010). Initially, I was not sure what should I share in my blog?? So, I started my writing things with any thought about something that I really interest to talk about such as movies, people attitudes and so on.. After a long time, I started to be bored in updating my blog because I actually didn't know what more should I share in my blog?? So now, I got an idea how to continue my writing things.. I prefer to write a series story which is actually based on the true stories.. Hehe.. But, with a big changes here and there compared to the real stories to make it more fresh and attractive.. Initially, I want to write a novel but I just don't know what is the true format to do so.. so, I change my intention and just write the series story..

Don't forget to keep reading my series story until the story reaches to the end.. Thnx 4 Visiting.. Have a nice life~


P/s: But I think they are really came from my heart.. :)

Wednesday, June 29, 2011

My 1st Wordless Wednesday ! (^_^)v

Note: Untuk blog ni, tuan blog akan membuat sendiri gambar "wordless wednesday" untuk setiap kali entri dengan menggunakan teknik kolaj.. Gambar-gambar ehsan dari pak cik Google.. Selamat memberi komen.. :)
 
*Nie 1st time buat Wordless Wednesday..  Bertemakan BLACK and RED...

Kalau gambar kecil.. tekan je biar besar.. :p




Wordless Wednesday: Pada Hari Rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut.. Biarkan gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan.. :)



p/s: Yang mana satu menjadi pilihan anda?
Jangan lupa mengikuti cerita bersiri KISAH yang ada di blog ini.. Senyum sokmo! (^_^)v 


 

Friday, June 24, 2011

Kisah (Bhgn 19) : Antara Rencah Menara gadingku~

Bismillahirrahmanirrahim...

Oktober 2009

Hari berganti hari dan bulan berganti bulan, masih tidak kutemu jejaknya. Walaupun sudah tiga bulan berlalu, semangatku takkan pernah mati malahan kian berkobar-kobar nyalaannya. Setelah setahun lebih aku mengenalinya, aku tidak akan sanggup menerima perpisahan yang bukannya dengan cara baik seperti ini. Dalam pencarian, aku tetap jua menunggu, menunggu sapaan darinya. Bilakah agaknya dia ingin menghubungiku semula? Setelah berbulan-bulan lamanya, mengapa dia sendiri tidak muncul dalam pencarianku ini. Apakah masih belum ada sebabnya untuk dia berbuat demikian ataupun kerana sapaannya sendiri tidak sempat kubalas tiga bulan yang lalu? Aku bingung memikirkan semuanya namun itulah aku, Mohd Nasri Bin Kamaruddin yang kini sudah menjadi hamba cintaku sendiri. Aku tak akan berhenti begitu sahaja.

Papan kekunci komputer ribaku mula mengikut rentak tuannya yang tidak kenal lagi erti lelah dalam pencarian ini. Aku terus menekan papan kekunci dan mula mencari Nisa melalui kaedah yang sama seperti kebiasaannya. Ada juga kaedah lain yang cuba kulakukan seperti bertanyakan kepada kawan-kawan yang mungkin juga mempunyai kenalan dari UiTM Kuala Pilah itu. Namun, hampa sahaja yang selalu menyelubungiku tatkala menanyakan perkara itu. Aku kian tertekan lalu meninggalkan komputer ribaku di atas meja dan mengeluarkan sebatang rokok dari kotaknya untuk dinyalakan. Di bilik itu juga aku merokok tanpa menghiraukan Mubin yang ada di situ.

"Aku dah tak tahu lagi macam mana caranya nak jumpa dia, nak dapatkan balik contact number dia. Aku dah buntu fikirkan semua ni." Sambil berleter, aku menghisap rokok dan menghembuskan asapnya sesuka hati.

"Kau sebenarnya dah letih. Dari petang tadi kau tak makan. Tu, makanan yang kau suruh aku beli pun kau tak sentuh lagi. Macam mana otak kau nak berfungsi kalau kau tak makan. Tenaga tak ada. Nak belajar lagi nanti?" Jelas Mubin.

"Entah la Mubin. Aku sendiri pun tak tahu apa dah jadi kat aku sekarang ni. Aku stress, tak ada mood nak belajar, lesu, dah tak tahu apa nak buat lagi. Semuanya dah aku usahakan tapi apa-apa perkembangan pun tak ada. Tiga bulan dah Mubin, tiga bulan aku buat benda yang sama je macam orang bodoh. Kenapa sekali pun dia tak pernah telefon aku balik?" Tekanan jelas terpancar dari kata-kataku itu.

"Sabar Nas, bawa mengucap, tenangkan diri kau tu. Apa kau tak yakin ke dengan takdir Allah, hah? Jodoh, pertemuan semua itu kan Dia yang tentukan. Walaupun kau bukan ditetapkan untuk dia sekalipun, kau kena terima semuanya. Aku tak nak la cakap sesuatu yang aku sendiri pun tak tahu dan yakin. Mungkin, mungkin Nisa tu jodoh kau, mungkin juga tak. Tapi apa yang perlu kau lakukan sekarang ni adalah bersabar dan teruskan berdoa. Kalau dia dah tercipta untuk kau, kemana pun kau pergi, dia pasti akan datang balik. Kau kena yakin semua tu. Jangan disebabkan perkara macam ni, diri sendiri terabai. Pelajaran, kesihatan, hidup, semua kau dah abaikan aku tengok. Sayang diri kau tu dulu sebelum kau menyayangi orang lain. Cintailah Dia dulu kerana Dialah yang akan beri cinta tu kepada kau suatu hari nanti." Terang Mubin panjang lebar.

Mendengar kata-kata Mubin tu membuatkan aku hampir hendak menangis. Tiada tertahan mendengarkan semuanya membuatkan air mataku mengalir jua akhirnya walaupun sudah cuba bertahan. Aku sedar bahawa masih banyak yang harus aku perbaiki sebelum memikirkan semua ini. Aku bukanlah seorang yang baik dan tidak layak menerima cinta daripada Sang Pencipta itu. Sesungguhnya, kata-kata Mubin mengingatkan aku tentang sikapku sendiri. Adakah aku layak menerima Nisa dan apakah aku sudah benar-benar mengenali siapakah Nisa yang sebenarnya? Cinta itu sememangnya buta kerana cinta itulah yang membuatkan aku menjadi alpa. Apa yang aku perlukan sekarang adalah kesabaran dalam memulakan sebarang tindakan, dalam meneruskan pencarian ini semula. Hanya kerana satu sebab, mengembalikan semula ukhwah yang pernah terjalin sebelumnya. Selepas Nisa berjaya kutemukan, akan kucuba mengenalinya dengan lebih mendalam lagi. Hidup mesti diteruskan.

"Nas, kau okay tak?" Tegur Mubin ringkas.

Aku hanya mampu mengangguk-anggukan kepala menyatakan yang aku semakin baik. Tak lama selepas itu, aku membuahkan senyuman ringan agar sahabatku itu tidak risau akan keadaanku sekarang. Aku benar-benar melampau sebentar tadi sehingga tegar merokok di depan sahabatku sendiri sedangkan aku tahu Mubin tidak suka akan tindakan seperti itu. Namun, dia tidak marah sedikit pun tentang sikapku yang merokok di depannya tadi malahan semakin bimbang akan keadaanku yang kian tertekan ketika itu. Mubin seorang yang baik dan kata-katanya sangat halus tatkala dia mula berkata-kata. Jarang aku menemukan seseorang yang bersikap sepertinya. Sesungguhnya aku mempunyai sahabat yang baik untuk dicontohi tetapi kenapa jalan hitam itu juga yang menjadi pilihan. Fikiranku mula mengenangkan kembali semua yang telah aku lakukan selama aku berada di menara gading ini. Inilah menara gading ciptaanku sendiri.

Haikal dan Amin adalah sahabat terbaikku waktu itu. Ketika kekusutan melanda fikiran, mereka ada di sampingku, membantuku untuk melupakan semua permasalahan yang sedang aku hadapi itu. Kami biasanya akan ke sebuah kelab malam, atau kini dipanggil sebagai pusat istirehat atas saranan kerajaan, pada setiap hujung minggu. Walau namanya ditukar sekalipun, tempatnya tetap sama di mana-mana sahaja. Bagaikan kotak kecil yang dipenuhi kaum berlainan jenis, bercampur bagaikan bersama dengan mahramnya sendiri, aku sendiri pernah sampai ke situ. Bersama Haikal, Amin, dan beberapa kawanku yang lain, kami akan menempah bilik khas untuk berhibur. Walaupun kami tidak ikut bergaul, meminum arak dan menari bersama mereka yang berada di luar sana, namun keadaan gelap dan kehadiran muzik-muzik kuat berentak rancak itu benar-benar membuatkan sesiapa yang mendengar khayal di dalam dunianya sendiri. Tempat itu sememangnya dapat membuatkan aku lupa akan masalahku sendiri tatkala asyik mengikut irama yang sedia ada di situ. Itulah rencah menara gadingku setiap kali tiba hujung minggu.

Pernah suatu hari, semasa aku berada di sana, Mubin menghantar pesanan ringkas kepadaku, bertanyakan sama ada aku ingin memesan makanan atau tidak kerana dia ketika itu sedang berada di pasar malam. Nasib baik dia menghantar pesanan ringkas sahaja, kalau tidak sudah tentu dia dapat mendengar bunyi bising di sini jika membuat panggilan. Aku lantas membalas pesanan itu dan meminta bantuan dia membelikan nasi ayam untukku. Kemudian, aku menyambung semula langkah tariku yang terhenti seketika itu. Hari semakin ingin bertukar hari, kami masih alpa di situ. Kami terlalu leka dan sesedarnya kami dari khayalan, rupa-rupanya kami sudah hampir lewat. Kami segera pulang ke universiti dan bernasib baik kerana pagar masih belum berkunci. Sesampainya aku di bilik dan setelah memberi salam kepada Mubin, aku terus menghempaskan tubuhku ke katil, kepenatan. Mubin terus menegurku.

"Engkau dari mana?" Soalnya ringkas.

"Dari Mines tadi. Susah betul nak dapatkan bas, tu yang sampai lambat sangat ni" Jelasku penuh dusta. Sedangkan kami menaiki teksi sahaja tadi.

"Makanan kau tu. Makanlah."

"Oh ya, berapa?" Tanyaku sambil mengeluarkan dompet dari poket.

"Tak payah la, lain kali kau belanja aku balik." Kata Mubin sambil tersenyum.

Aku memandang ke arah nasi ayam yang dibelinya itu. Sebenarnya, aku merasa macam nak buang saja nasi ayam itu tetapi apabila mengenangkan semula yang dia telah bersusah-payah membeli makanan untukku, lebih-lebih lagi memintaku untuk tidak membayarnya semula, tak sampai hati pula rasanya untuk memberitahu Mubin yang aku sudah terlalu penat untuk menjamah makanan itu. Apa yang ada di fikiranku sekarang ni hanyalah untuk terus tidur. Namun, keinginan itu harus kuhiraukan lalu kujamah juga nasi ayam itu walaupun sedikit kerana tidak mempunyai selera makan malam itu. Selebihnya aku buang sahaja kerana tak ada orang yang ingin memakan sisa makananku itu. Tidak lama selepas itu, Mubin berkata-kata lagi.

"Aku nak tanya kau sikit. Haikal tu, kawan satu matrik dengan kau kan? Maksudnya, dia pun kenal Nisa la ye?"

Aku memang ada memberitahunya tentang Nisa sewaktu aku meminta pertolongannya dulu untuk mengajar aku menggunakan laman sosial Facebook. Namun, tidaklah aku memberitahunya secara terperinci. Lantas aku menjawab pertanyaannya itu.

"Haikal pernah sekali jumpa dengan Nisa. Aku kenalkan mereka masa KAKOM dekat matrikulasi aku dulu. Mereka jumpa sekejap je. Tak lama lepas tu Haikal terpaksa pergi." Jelasku kepadanya.

"Oh, kau pun terlibatlah untuk KAKOM masa tu. Habis, kenapa Haikal tak tolong kau cari Nisa ke?" Tanyanya lagi.

Buat apa aku meminta pertolongan Haikal, sedangkan dia sendiri pun tidak mempunyai nombor telefon Nisa. Pertemuan singkat mereka tidak mungkin menjadi penyebab untuk aku melibatkan Haikal dalam masalahku ini. Cukuplah Mubin sahaja yang kadang-kadang menjadi mangsa permasalahanku kerana dia tinggal sebilik denganku. Itulah yang aku jelaskan kepadanya.

"Apapun yang kau buat jangan sekali-kali lupa tanggungjawab kau sebagai seorang mahasiswa. Jangan abaikan apa yang sepatutnya kau lakukan sekarang ni. Minggu depan dah nak test, jangan lupa tu." Katanya lagi sambil tersenyum lagi. Aku lalu membalas senyumannya itu.

Apabila mengenangkannya semula, Mubin rupa-rupanya pernah mengingatkan aku soal ini namun aku tetap jua mengabaikannya. Sebab itulah keadaanku menjadi semakin parah dari hari ke hari. Kini, aku harus lebih fokus untuk peluang keduaku ini, belajar dengan bersungguh-sungguh bagi semester yang pertama dan menjalani peperiksaan akhir tahun dengan jayanya. Aku sangat mengharapkan petunjuk dari-Nya dan bantuan dari Mubin juga. Aku tidak akan lagi menjejakkan kaki ke pusat istirehat itu dan aku benar-benar berharap agar dapat membuang rencah pahit itu jauh daripada kehidupanku di menara gading ini. Itu sahajalah yang kuharapkan kini.

                                                                                                                                         Bersambung...



Thursday, June 23, 2011

Tatkala Stuck, Inilah Jadinya~

Bismillahirrahmanirrahim...

*Ni pun entri tak formal jugak.. hehe~

Argghhhhhhhhh... serius guyz, ketika aku nak menulis Kisah Bahagian 19 ni, aku da ter"stuck" awal-awal lagi kat tajuk untuk latest part cerita bersiri ni.. Bukan apa, aku kalau nak menulis cerita ni, at least kena la ada bayangan apa yang nak ditulis tapi seriously, null, ilek.. hahah.. Aku ada idea tapi terlupa pulak nak buat research tentang perkara tu sume.. Last2x, kena jugak la tunggu feedback dari member tentang apa yang aku tanya kat dia pasal Negeri Pahang, tempat tinggal Nisa dan Haikal.. hahah...

Actually, aku dah mula rasa pening disebabkan oleh terlalu banyak watak yang aku keluarkan.. Nasri, Nisa, Haikal, Mubin, Ika, Mia, Alia, Murni, Amin, Lia, Ali, dan Alif.. Sebenarnya ada lagi yang tak disebut tu... harap-harap pengikut cerita bersiri Kisah tak sepening saya la ye.. Haha.. Ataupun tak pening langsung.. hehe.. (^_^)v Kadang-kadang, time menulis cerita bersiri ni, aku selalu check2 balik apa yang aku da tulis.. mana tak nye, aku sendiri kadang2 terlupa apa hubungan si dia dgn si dia ni, si polan dgn si polan ni.. Dia amik kursus apa, mereka ni sekelas ke? kadang2 aku sndri pun terlupa tapi itulah sebenarnya perkara yang teramat la penting untuk cerita bersiri ni.. Tak berapa penting untuk korang tapi kalau yang jenis "PEKA" sikit, buat silap sikit dah perasan.. hehe.. Korang kalau lupa pun boleh la check2 semula mcm aku buat untuk kepastian.. :D

Untuk entri kali ni, aku nak beri sedikit bantuan kepada korang.. Hah, bantuan apa pulak Aiman Amin yang kacak ni nak bagi?? Bila baca cerita ni, korang mesti kadang2 tertanya-tanya.. Mamat ni yang mana satu ek? Minah ni siapa pulak? Eh, macam pernah dengar nama tu tapi di mana ye? Aku tag dari FB.. huhu.. So, aku pun terfikir la nak bagi bantuan kat korang sikit supaya korang dapat membayangkan watak-watak itu macam mana rupanya? Jom kita lihat bayangan wajah untuk watak-watak tersebut.. Jom!!!


 Nasri
Hah, ni Nasri.. Rizal terpilih untuk watak ni sebab dia tak hensem pun tapi gurls cakap muka cmni dah cukup cute.. Perwatakan: Sedikit sosial tetapi masih mempunyai hati nurani yang baik.. seorang yang tak kacak tapi dikatakan agak cute.. Dan dia juga pandai menyanyi.. errr, rizal ni pndai menyanyi ke klu nk berlakon?? hmmm.. Watak utama untuk cerita bersiri Kisah


Nisa

Hah, korang jangan la cakap aku letak gambar Irma Hasmie ni utk watak
Nisa sebab dia cantik walaupun betul.. Aku pilih gambar ni sebab
perwatakan Nisa macam ni la.. Dia bertudung tetapi tidak la bersikap
terlalu lemah lembut.. Dengan kata lainnya, Otai dan peramah jugak la dia ni..
( nak letak gambaran yang ada kat minda ni kena saman plak nnt.. baik jangan.. )


Haikal
Sebab aku pilih mamat ni untuk watak haikal sebab dia sangat sesuai untuk gambaran budak universiti dan budak sekolah.. Dua-dua tu diperlukan untuk watak Haikal.. Perwatakan, agak dingin terhadap wanita pada awalnya dan berubah setelah mendapat nasihat Nasri.. Lebih rapat dengan Nasri dan agak sosial.


Mubin

 Mubin ni digambarkan sebagai seorang yang kacak dan agak alim la antara 3 orang
sahabat baik ni.. Ramai yang menyukainya tetapi dia tidak mudah menerimanya
kerana ada kenangan lalu yang menyebabkan dia bersikap begitu.. Dia juga seorang pendiam~


 Ika

 Hah, gambaran Sari Yanti ni utk Ika.. hah, nak bahas apa lagi? haha..
Ika ni bersikap agak pendiam seperti Mubin.. tapi, bila bercakap
mesti ada something yang agak pedih dan selalu buat orang sentap~


Miasara
 Fazura dipilih untuk watak Miasara kerana dia bertudung dan berwajah matang selain masih boleh membawakan watak budak sekolah.. Miasara seorang yang mempunyai masalah sosial pada mulanya walaupun berpewatakan bagaikan  muslimah yang sangat alim tetapi dia akhirnya sedar dan insaf akan perlakuannya itu~


Murni

 Beginilah gaya murni.. suka berpakaian baju kurung tetapi free hair...
Murni berpewatakan sangat misterius.. Apakah sebenarnya yang dirahsiakan?
Sama-samalah kita nantikan sehingga ke penghujungnya~ ( Promote sikit )


Alif

 Hah, ni mamat pelakon cerita Juvana.. Sebab dia ni terpilih sama dengan Syafie
Naswip untuk watak Haikal tadi.. Alif ni seorang yang ....... Entah?
Takkan watak tambahan pun nak ulas panjang2 pulak.. dia diri dia sendiri.. hehe..
Dia ni member Haikal time sekolah.. Ala, yang rampas Mia dari Haikal tu~

Lia
 Lia ni kawan kepada Nisa time mula2 Nisa masuk Kolej Swasta ambil nursing
before dia masuk UiTM.. Perwatakan dia, suka korek rahsia orang.. Dipaksanya
sampai dapat.. Pendapatnya, lelaki zaman sekarang ni pengecut bila menyatakan
perasaan mereka~


Alia

Nur Fathia dipilih untuk gambaran watak Alia sebab dia kelihatan matang
walaupun masih muda... Alia adalah seorang ketua praktikum (kelas) yang sangat
commited.. Jadi, kematangan itu sangatlah perlu ditonjolkan.. lagipun, aku terjumpa
gambar Nur Fathia yang cantik bertudung ni~ (^_^)v


Amin

 Amin ni kawan satu program dengan Nasri.. Dalam kelas dialah yang rapat dengan Nasri. Watak dia tak besar mana la.. tapi, dia masih dalam kategori watak protagonis walaupun mamat ni betul2 bersikap antagonis dalam drama Juvana lakonannya sebagai Botak.. Oh lupa, dia ni geng2 sosial Nasri n Haikal jugak~


Ali

 Hah, ni member Mubin time kat matrikulasi.. Ala, member main bola dengan Mubin tu.. Dia ni dipilih sebab ada rupa macam pemain bola.. Pernah tengok Kashaf Imani?? Hah, bayangan aku untuk perwatakan Ali tu sama la macam dia dalam cerita tu sebagai Pet~


Hah, itu je kot untuk entri kali ni... Apa-apa pun gambaran terpulang la kepada korang sendiri.. sebenarnya just nak tekankan perwatakan-perwatakan mereka di atas ni.. itu je.. jangan marah.. semua di atas ni pelakon.. so, harap tak kena saman la ye.. 

Kebanyakan watak perempuan dalam cerita bersiri ni bertudung.. time nk mencari artis yang sesuai punyalah susah.. sebab tak ramai yang bertudung sebaik ini.. yang kat atas ni pun kebanyakannya bertudung untuk berlakon je... Tapi, cantik kan bila dorang bertudung.. Smge trus lekat la tudung tu di situ.. Amin~

Oh, bahagian 19 InsyaAllah Sabtu atau Ahad ni bru update.. hehe~ (^_^)v

P/s: Korang pun ajak la kawan, sahabat, teman, adik, abang, family, ataupun kenalan korang baca cerita bersiri ni sekali k.. hahah.. Senyum sokmo!



Tuesday, June 21, 2011

Lagu Nasyid Penuh Kelainan~ (^_^)v

Bismillahirrahmanirrahim...

*Ni entri non-formal ye.. heheh..

Untuk entri kali ni, aku nak syor kat korang beberapa lagu nasyid yang mencipta kelainan dari segi muzik dan lagunya. Nasyid sering dikaitkan dengan pukulan kompang dan nada-nada kearaban ( irama timur tengah ) yang seakan-akan berzanji dan berqasidah. Namun, lagu-lagu nasyid yang akan aku syorkan untuk entri kali ni lebih kepada muzik pop dan balada yang selalunya menjadi haluan telinga anak-anak muda pada zaman globalisasi ini. Namun, mesej yang disampaikan tetap sama seperti apa yang ingin disampaikan menerusi lagu-lagu nasyid kebiasaannya.

( Kalau nak dengar boleh pause music box kat bawah tu.. )

lagu 1: Muhasabah Cinta- Edcoustic


Ulasan: Lagu ini menggambarkan keinsafan dan 
sedarnya seseorang itu tatkala ditarik daripadanya
nikmat kesihatan yang akhirnya membuatkannya
kembali mencari cinta abadi Tuhannya~

  
lagu 2 : Ikhlas- Ustaz Shohib (ost Ikhlas)


 Ulasan: Keikhlasan seseorang menjalani kehidupan 
yang telah ditetapkan Maha Pencipta buatnya digambarkan
dalam lagu ini. Dia pasrah akan segala kekurangan dalam
hidupnya dan yakin bahawa dia tidak pernah bersendirian
kerana Tuhan ada di sampingnya.


Lagu 3 : Istikharah Cinta- Sigma 


Ulasan:  Lagu ni sangat menarik dengan lirik yang penuh dengan makna-makna mendalam. Keseluruhannya, lagu ini mengajar muslimin dan muslimat agar beristikharah (memohon petunjuk) daripada Allah S.W.T.  Bersaksi cinta di atas cinta.. Baris pertama lagu ni, mendalam bukan? Pernah mendengar daripada sahabat, jika ingin meminta petunjuk cinta, maka berdoalah, jika benar dia adalah jodohku, maka dekatkanlah hati-hati kami.. Islam itu indah bukan? Itu baru petunjuk cinta, belum lagi petunjuk lainnya yang boleh dipinta.


Lagu 4 : PadaMu Kubersujud- Afgan


Ulasan: Lagu nyanyian Afgan ni adalah antara lagu yang sering didengar kerana selain suara penyanyinya yang sedap, melodi lagunya sangat mendayu penuh pengharapan. Lagu ini berkisar tentang komunikasi seseorang hamba ( permintaan dan memohon kemaafan ) dengan Tuhannya menerusi doa. Antara permintaannya dalam lagu ini adalah semoga dijauhi fitnah dan menjadikannya insan yang sentiasa kembali (bertaubat) pulang ke jalan-Nya walaupun dia sering terlupa akan Tuhannya itu.


Lagu 5 : Tiada Duka Yang Abadi- Opick




Ulasan: Lagu ni menyeru kita jangan berputus asa kerana pastinya
akan ada kebaikan di penghujung masalah yang kita jalani.. 
Senang cerita, setiap yang berlaku tu, ada hikmahnya la.. heheh..

Pada mulanya, lagu-lagu nasyid berunsur pop ini kebanyakan datangnya dari negara jiran Indonesia. Namun, di Malaysia juga, irama nasyid seperti ini telah mula ada tempatnya di hati pendengar. Sejak itu, wujudlah lagu-lagu nasyid pop Malaysia seperti...

Lagu 1: Aku Tanpa CintaMu- Mirwana feat. JayJay


Ulasan: Bertaubat dan melakukan dosa sekali lagi. Apakah Allah tetap ingin 
menerimanya? Itulah yang ditekankan dalam lagu Mirwana kolaborasi bersama penyanyi 70-an, JayJay. Melodi yang enak didengar penuh penyesalan.


Lagu 2 : Andaiku Di SisiMu- Hafiz Hamidun

Ulasan: Mesej yang dibawakan lagu ni pun sama seperti 
lagu "Aku Tanpa CintaMu" tadi.. haha.. 
(sebenarnya dah malas nak mengulas.. heheh~)


Dan banyak lagi lagu-lagu hafiz hamidun berkonsepkan seperti ini. Sebenarnya, ada lebih banyak lagu lagi yang berkonsepkan seperti ini tapi yang disyorkan di atas adalah antara yang sedap didengar la. Bukan prejudis terhadap negara sendiri tapi aku lebih suka lagu seperti ini yang datangnya dari Indonesia kerana "tone" suara mereka lebih sedap didengar untuk lagu-lagu seperti ini. Kalau korang dengar klip-klip yang disyorkan ini, korang pasti setuju dengan kata-kata aku tu. Btw, Maher Zain punya lagu pun berkonsepkan seperti ini bukan? Hahah~

Akhir kata, jangan lupa mengikuti cerita bersiri KISAH yang terdapat di blog ini.. Senyum sokmo~
P/s: Kurang gemar lagu bertemakan nasyid tetapi berunsurkan rock dengan bunyian gitar dan drum secara berlebihan. Sangat tidak sesuai. (^_^)v



Kisah (Bhgn 18) : Tanggapan Nisa dan sahabat~

Bismillahirrahmanirrahim...

Julai 2009

Nisa
Kenapa Nas tak membalas mesej dari Nisa? Adakah dia terlalu sibuk untuk membalas mesej Nisa itu? Kali terakhir berhubungan di telefon seminggu sebelum dia memasuki universiti pun Nisa yang memulakannya dahulu. Nisa tak mahulah nanti sampai terlalu kelihatan yang Nisa benar-benar mencintainya. Nisa tak mahu dianggap perigi mencari timba pula. Mungkin juga Nisa hanya bertepuk sebelah tangan. Mungkin dia tak ada sekelumit cinta sekalipun terhadap Nisa.

Ataupun, Nisa yang harus mulakan dulu? Tak akan Nisa sanggup melakukannya. Apakah benar apa yang pernah dikatakan Lia dulu. Lelaki zaman sekarang ni memang pengecut. Nak menyatakan isi hati pun takut dan malu. Apakah Nasri juga begitu orangnya? Hanya kerana dia tidak membalas mesej Nisa itu, pelbagai persoalan bermain di minda Nisa sekarang ini.

Semalam, Nisa ada menghubungi Nas tapi panggilan tak ada dalam perkhidmatan. Apa maksudnya tu? Zaman sekarang ni, masih ada ke orang yang tidak memerlukan telefon bimbit lagi? Telefon bimbitnya dimatikan. Macam mana orang lain nak menghubunginya. Ataupun dia berbuat demikian sebab tak mahu diganggu. Mungkin juga kerana dia sangat sibuk sekarang ni dan tak mahu sesiapapun menghubunginya terutamanya orang seperti Nisa ni yang hanya menghubunginya untuk berbual kosong.

Nisa sedar, sejak Nisa meninggalkan UiTM kerana tidak mampu mempelajari subjek sains lagi, kami semakin jauh. Keluarga menyuruh Nisa berhenti belajar di UiTM dan kembali belajar di kolej swasta seperti sebelumnya dalam bidang yang juga sama iaitu kejururawatan. Nisa terpaksa akur dengan kehendak itu walaupun masa dan belanja telah dihabiskan begitu sahaja. Namun, kolej swasta itu merendahkan sedikit bayaran yuran kerana Nisa pernah membayar penuh sebelum ini.

Sejak itu, Nas memilih untuk tidak berhubungan dengan Nisa secara kerap kerana tak mahu mengganggu pembelajaran Nisa. Kami jarang berhubungan dan kadang-kadang sampai lupa terus untuk berhubungan menerusi telefon.



Tiba-tiba...

"Nisa" Seseorang mengejutkan Nisa dari lamunannya.

"Kenapa ni? Macam tak ada mood je aku tengok?" Tanya sahabat baiknya yang juga belajar di kolej swasta tersebut.

Miasara, itulah namanya atau lebih mesra dipanggil Mia oleh kawan-kawan. Umurnya sama seperti Nisa. Selepas tamat tingkatan 5, dia tidak meneruskan pelajaran dan terus melakukan pelbagai kerja. Namun, dia masih tidak mampu untuk mendapatkan kerja yang lebih baik memandangkan dia tidak memiliki ijazah mahupun diploma sekalipun. Oleh itu, dia memilih untuk melanjutkan pelajarannya di sini dalam kursus yang sama seperti Nisa. Sekurang-kurangnya, dia dapat bekerja tetap sebagai jururawat selepas tamat belajar nanti.

"Sebenarnya, Nisa sekarang ni tengah memikirkan seseorang. Nisa mesej dia, dia tak balas. Call, dia tak angkat. Nisa rasa tersisih pula dengan kawan sendiri." Jelas Nisa.

"Sampai macam tu sekali? Lain macam je. Nisa sukakan dia eh?" Tekaan Mia yang benar-benar tepat. Nisa hanya mampu mengangguk-angguk kepalanya dengan lemah.

"Jadi, Nisa kena faham situasi dia. Mungkin juga dia ada masalah tersendiri. Mungkin dia banyak sangat kerja yang harus disiapkan. Nisa kena bagi dia sedikit ruang. Kalau dah susah sangat, Nisa tunggu je dia call Nisa balik. Kalau dia sukakan Nisa, dia pasti akan hubungi Nisa nanti." Terang Mia yang benar-benar membuka mata Nisa.

Nisa mulai sedar yang dia sudah berfikir terlalu jauh sedangkan kalau benar Nasri menyukainya juga, sudah pasti dia sendiri yang akan menghubungi Nisa nanti. Nisa akhirnya membuat keputusan untuk menunggu panggilan dari Nasri sahaja. Dia tidak mahu memulakan apa-apa dan tak mahu kelihatan seperti perigi yang mencari timbanya. Namun, dia tetap berdoa sekiranya benar Nasri adalah jodoh yang ditetapkan Tuhan buatnya, maka akan dekatlah hati-hati mereka. Jika bukan, maka hatinya akan tetap menerima Nasri sebagai sahabat selama-lamanya. Itu saja tawakal yang dipegangnya kini.

"Mia tak ada sesiapa yang istimewa dalam hidup Mia?" Tanya Nisa menukar topik.

"Pernah ada seseorang yang sangat istimewa dalam hidup Mia sebelum ni. Tetapi sekarang ni, dia dah jauhkan diri daripada Mia. Mia dah musnahkan seluruh kepercayaan dia terhadap Mia. Sampai sekarang ni, Mia tak boleh lupakan kemarahan dia waktu kali terakhir dia bercakap dengan Mia dulu. Lepas tu, dia dah tak mahu jumpa Mia lagi." Kata Mia dengan nada penuh penyesalan.

Kemudian, dia meneruskan kata-katanya lagi walaupun air mata sudah mula bergenang di kelopak.

"Sekarang ni, Mia dah sedar akan semua kesalahan yang Mia lakukan. Mia dah noda kesucian Mia sendiri, melakukan dosa. Mia harap sangat dapat berjumpa dengan dia suatu hari nanti supaya Mia dapat minta maaf daripada dia walaupun dia pasti tak akan terima Mia kembali. Semua orang pernah buat salah dan kesalahan terbesar yang Mia lakukan adalah menghancurkan hati dan kepercayaan dia." Kata-kata Mia yang membuatkan Nisa turut bersedih akan nasib sahabatnya itu. Air mata yang bergenang tadi akhirnya jatuh mengalir di pipi wanita yang bernama Miasara itu.

"Mia, Nisa harap Mia dapat jumpa dengan orang tu satu hari nanti dan Nisa yakin, hadiah yang terbesar buat lelaki itu nanti adalah perubahan yang Mia lakukan, untuk diri Mia sendiri, untuk Allah." Kata-kata Nisa yang sungguh menenangkan jiwa.

Nisa dan Mia saling berpelukan sesama sendiri untuk meredakan keadaan. Akhirnya, Mia menjadi lebih tenang setelah dihantui oleh kisah silamnya tadi. Keadaan di situ menjadi bertambah baik.

                                                                                                                                            Bersambung...



Saturday, June 18, 2011

Kisah (Bhgn 17) : Pencarian Bermula~

Bismillahirrahmanirrahim...

UPM
Julai 2009

Hari itu, kuliahku berbeza dari hari sebelumnya. Aku tidak dapat fokus untuk terus mendengar kata-kata pensyarah yang berada di depan sana. Fikiranku jauh melayang, tidak lain dan tidak bukan sedang memikirkan Nisa yang kini kurasakan semakin jauh dariku. Sedang jauh mengelamun, bahuku seakan-akan ditolak seseorang. Amin, dialah yang mengejutkan aku dari lamunan. Kemudian, aku mendengar pula satu suara yang agak kuat memanggil namaku dari arah depan menyebabkan aku memandang ke arah yang sama.

"Nasri, awak tak dengar ke saya panggil?" Tanya pensyarahku.

Aku menyatakan kepadanya bahawa aku kurang sihat dan berasa pening kepala. Sambil mengerutkan wajahku sedikit kononnya seksa menahan sakit, pensyarahku jelas tertipu oleh lakonanku yang tidak seberapa itu. Aku terlepas kali ini dan dia memintaku untuk berehat saja. Namun, badanku saja yang dapat berehat. Minda dan fikiranku masih lagi memikirkan cara untuk mendapatkan semula nombor telefon Nisa.

Setelah kuliah selesai, aku dan Amin menuju pula ke tempat kuliah yang berikutnya. Kuliahku hari ini agak padat daripada hari-hari yang lain. Boleh dikatakan hampir separuh hariku dipenuhi oleh kuliah-kuliah pada hari ini. Sedang sibuk berbual dengan Amin, tiba-tiba aku disapa pula oleh seseorang dari arah belakang. Aku memalingkan wajah ke arah orang itu dan rupa-rupanya Murnilah orang yang dimaksudkan.

"Assalamualaikum" Dia memberi salam dengan nada yang sangat lembut.

Aku segera menjawab salamnya itu. Aku dapat merasakan yang dia sudah tidak marah lagi kepadaku disebabkan oleh kejadian semalam. Dia seperti ingin memberitahuku sesuatu tetapi Amin juga berada di situ. Amin yang memahami kemudiannya berlalu membiarkan kami berdua sahaja. Sambil berbual, kami meneruskan perjalanan untuk ke kuliah seterusnya. Murni yang memulakan perbualan kami dahulu.

"Saya nak minta maaf dengan awak pasal hal semalam. Saya harap awak tak ambil hati. Saya tahu saya dah tuduh awak secara melulu, tapi sesiapa pun akan marah kalau berada dekat tempat saya." Dia menjelaskan segala-galanya.

"Saya faham. Saya pun nak minta maaf juga kalau-kalau agak terkasar dengan awak semalam." Dia tersenyum mendengar kenyataanku itu. Aku juga turut tersenyum sama.

Dia memberitahuku yang dia tidak dapat menghubungiku semalam walaupun sudah mendapatkan nombor telefonku dari kawan perempuanku yang lain. Lantas aku memberitahunya tentang kemalangan yang telah menimpaku itu. Dia turut menyatakan simpatinya terhadap nasibku itu.

"Habis, awak nak buat apa lepas ni? Handphone?" Tanya Murni.

"Esok saya pergi celcom center dengan kawan saya, dapatkan sim card baru. Saya dah beritahu ayah saya tentang hal ni. Hujung minggu ni dia datang." Jelasku lagi.

Dia tersenyum lagi seakan-akan memahami maksud kata-kataku itu. Mungkin dia fikir, ayahku akan datang untuk memberiku telefon bimbit yang baru. Ya, ayahku akan datang hujung minggu ini tetapi bukanlah untuk memberikan telefon bimbit yang baru. Ayahku datang untuk memberikan telefon bimbit lama milik kakakku yang tidak lagi digunakannya. Asalkan telefon bimbit itu masih dapat digunakan untuk berhubung dengan teman-teman sudah memadai bagi aku.

Namun aku tidaklah pula menjelaskannya lebih lanjut kepada Murni. Kami tidak berbual dengan rancaknya. Kalau satu yang ditanya, satu jugalah yang akan dijawab kerana aku masih malu berbual dengannya memandangkan kami baru sahaja kenal. Lagipun perjalanan kami begitu singkat untuk ke kuliah berikutnya.

Pada sebelah malamnya pula, usaha mencari masih lagi diteruskan. Sejak malam sebelumnya aku cuba menjejaki Nisa melalui laman sosial Facebook. Aku menaip namanya dan terus mencari profilnya di antara ratusan profil yang ada di situ. Malang bagiku tidak mengetahui nama penuh Nisa. Apa yang  kutahu hanyalah namanya yang panjang sedikit iaitu Annisa tetapi berapa ramai pula rakyat Malaysia malahan orang Indonesia yang mempunyai nama yang sama seperti itu. Harapanku yang lain terletak pada gambar-gambar mereka namun ada juga yang tidak meletakkan gambar sendiri untuk gambar profil mereka.

Aku benar-benar ketinggalan jauh ke belakang tatkala menyebut tentang teknologi maklumat. Hakikatnya, aku baru sedar akan wujudnya laman sosial Facebook ini dari Mubin semalam. Ketika itu, dia begitu khusyuk di depan komputer ribanya, bersosial bersama teman-teman di laman sosial yang terkenal buat masa sekarang itu. Meskipun aku tahu tentang wujudnya laman sosial lain seperti Friendster, namun tidak pernah terlintas di fikiranku untuk mendaftarkan diri walaupun aku tahu pendaftaran dilakukan secara percuma kerana aku tidak menyedari kepentingannya ketika itu. Kalau tidak sudah lama aku berhubung dengan Nisa dari situ sahaja.

Dengan bantuan Mubin, aku mendaftarkan diri dan mempelajari segala-galanya dengan membawa objektif nan satu, menjejaki Nisa kembali. Pencarian tetap diteruskan walaupun harus mencarinya dalam banyak-banyak profil yang ada sementara menunggu alternatif lain yang wujud di minda ini.

                                                                                                                                          Bersambung...



Tuesday, June 14, 2011

Puisi Buat Mustika : Maksud disebalik kata-kata~

Bismillahirrahmanirrahim...

Kehadapan kekasih hayatku yang ada di kejauhan, sesungguhnya kanda di sini elok-elok sahaja. Ditemani surat ini, kanda titipkan sedikit nafkah buat adinda membeli apa sahaja yang adinda perlukan selama ketiadaan kanda di sisi adinda untuk beberapa hari ini. Diharap, ingatan adinda terhadap kanda tidak akan pernah terlupus dari fikiran jiwa dan hati adinda... n bla.. bla.. n bla...
                                                                    
                                                                                                                                         - pencintamu-

Pergghhh, bilalah agaknya saat ini tiba ya? Tulis-tulis surat utk isteri tersayang tatkala berada di kejauhan.. huhu.. Namun, masih banyak yang perlu dicari dan dipelajari sebelum sampai ke tahap itu.. utk entri kali ini, aku nak kupas apa yg aku faham mengenai puisi yg ditulis Wali buat Mustika semasa membalas surat Mustika buat kali pertamanya.. Hah, kepada yang tak pernah mendengar nama2 yg disebutkan tadi, itulah nama2 watak dalam drama bersiri Kitab Cinta arahan Eirma Fatima yg kini ditayangkan di TV Al Hijrah.. Cerita ni diadaptasi dari sebuah novel, Kitab Cinta hasil nukilan Taufiqrahman.

Hah, ni la yg aku maksudkan!


Ini promo untuk drama bersiri ni

Di dalam drama ni, watak perempuannya, Mustika, ada menulis surat untuk menyatakan cintanya terhadap watak utama lelaki, Wali. Namun, setelah lama menunggu barulah Wali membalas suratnya itu tetapi tanpa sebarang kata bahawa dia rela menerima Mustika dalam hidupnya. Bahkan, dia membalas surat itu dengan menulis sebuah puisi buat Mustika. Mustika yang merupakan anak orang kaya dan hidup dalam kesenangan sememangnya ingin lelaki itu utk "Straight forward" je tentang perasaan lelaki itu terhadapnya. Jadi, dia malas nak kupas puisi yang telah diberikan kepadanya itu.

Jadi, aku yg rajin ni nak cubalah kupas apa yg dimaksudkan oleh si pengembala kambing Wali ini mengenai puisi yg ditulisnya itu. Ini hanyalah apa yg aku faham dan pendapat semata-mata. Mungkin, ada percanggahan pendapat bg mereka yang membaca puisi ini nanti tetapi sekali lagi ingin aku nyatakan, ini hanyalah dari sudut pandang aku sendiri. Puisinya berbunyi begini...

Khas puisi untukmu Mustika

Ini adalah senaskhah kesedihan yang aku kirimkan melalui jiwaku yang dipenuhi duka cita kepada sebuah jiwa yang lain. Sesungguhnya, kau telah berhasil menghancurkan belengguku dan meraih kemerdekaan

Sudah bertahun aku mengikat tali cintaku tanpa makna. Sudah bertahun malamku berlalu dengan menungguMu, Maha pencipta di dalam persembunyianku yang ditemani oleh keangkuhan dunia. Kau juga adalah penyembuh bagi semua yang salah pada diriku. Namun saat ini, Kau juga adalah penyakitku. Kau seperti mahkota yang dibuat untukku tetapi menghiasi insan lain

Kau adalah syurga, aku yakini itu namun aku tidak menemukan kunci untuk membuka gerbangnya. Kau ibarat seperti seorang pencuri yang sedang bergembira atas apa yang dicurinya. Kau mencuri segala jiwa dan cinta yang ada. Jalan cinta sejati hanya dapat ditempuhi oleh mereka yang siap untuk melupakan diri mereka. Demi cinta, kesetian harus dibayar dengan darah dari jantung kita, dari ketenangan jiwa kita. Jikalau tidak, cinta kita tidak bererti apa-apa maka biarkanlah cinta kita menjadi pelindung rahsia-rahsia kita. Biarkan kesengsaraan yang dibawa oleh cinta membelah jiwa. 

Marilah kita berjalan menuju kepadaNya, mengadap, dan bersujud. Memalingkan wajah kepadaNya, memberikan segala jiwa kepadaNya dengan membawa cinta sejati yang tidak akan pernah mati kerana cinta buatNya akan kekal abadi..

                                                                                     Salam dari gembala rindu, Wali

Aduhai, setelah membaca puisi ini buat kali yang pertama, sepatah haram aku tak faham. Patut la Mustika give up nak kupas puisi ni. haha.. Tapi, aku akan cuba juga la kupas apa yg aku faham tentang puisi ini. Kita lihat dari perenggan ke perenggan, fokus kepada apa yang di"highlight"kan.. (^_^)v

Perenggan satu:
Wali menyatakan kesedihannya ketika menulis puisi itu. Dia juga sedang kecewa dengan Mustika memandangkan dia terpaksa menerima kenyataan bahawa Mustika telah menyukainya (menerusi surat Mustika) sedangkan mereka bertengkar semasa di Aceh dan Mustika pulang ke Malaysia tanpa sebarang kata. Lebih-lebih lagi mereka tidak pernah kenal sebelum itu. Itu membuatkan dia susah untuk percaya pada kenyataan. Dalam masa yg sama, Mustika telah berjaya memberi ketenteraman kepadanya dari belenggu memikirkan siapakah yg bakal menjadi peneman hidupnya dan juga berasa sedikit bebas akan perasaan Mustika itu.

Perenggan dua:
Wali sudah lama menanti supaya Allah membuka matanya untuk menerima seseorang dalam hidup kerdil yang sedang dia jalani kini. Dia benar-benar percaya bahawa Allahlah yg telah memberi segala kebaikan kepadanya walaupun sebagai manusia dia mempunyai byk kekurangan dan keyakinannya kepada Allah juga yang membuatkan dia berada pada landasan yg betul. Namun, Allah jugalah yg telah menyuratkan bahawa dia terpaksa menjalani hakikat bahawa dia dicintai oleh seorang wanita yg dia sendiri tidak yakin akan ketulusan hati wanita itu. Itulah gambaran penyakit yang sedang dialaminya kini. Dan ketika ini, dia yakin bahawa Allahlah yang memberikan kebahagian itu kerana dia sendiri sebenarnya sudah mula menyukai Mustika.

Perenggan tiga:
Wali mulai yakin bahawa Mustika la wanita yg bakal menjadi pedampingnya namun dia masih tidak tahu bagaimanakah dia dapat membuka pintu hatinya memandangkan dia tidak yakin sepenuhnya akan surat Mustika itu. Baginya, cinta sejati itu hanya dapat ditempuhi oleh seseorang yg sanggup melupakan diri mereka sendiri utk memikirkan org lain. Untuk setia dalam bercinta, seseorang itu perlulah melakukan pengorbanan yg besar sepenuh hatinya dan senantiasa bersabar dalam mengekalkan cinta itu sehingga ke akhir hayat. Jika tidak mampu melakukan semua itu, cinta itu tidak bermakna langsung dan seharusnya dibiarkan saja cinta itu tersimpan di hati ini tanpa sebarang langkah yg harus dimulakan. Biarkan saja semua itu berlaku walaupun ianya akan melukakan hati kita.

Perenggan empat:
Wali mengajak Mustika untuk memperbetulkan diri masing-masing dahulu sebelum memulakan sebarang tindakan atau langkah berikutnya. Dia berharap Mustika dapat mencurahkan sepenuh cintanya kepada Sang Pencipta dahulu kerana hanya cinta terhadap Dia sahajalah cinta sejati dan abadi yang akan kekal sehingga ke akhirnya.

Tatkala mengupas perenggan yang keempat ini, teringat pula aku pada kata-kata yg pernah aku dengar dari telemovie La Ikro Ha Fiddin di Astro Prima. Kata-kata itu seperti ini...

"Menifestasi kecintaan manusia kepada Tuhannya akan mencetus
keperibadian yang mulia. Bila insan itu mencintai penciptanya,
maka lahirlah cinta itu pada sekalian manusia.."

Itulah yg aku fahami melalui puisi hasil nukilan si Wali ni.. hahah.. Namun, sekali lagi diingatkan, ini hanyalah pandangan dan pemahaman aku sendiri.. mungkin saja penulis bermaksudkan sesuatu yang lain dari apa yang aku nyatakan di atas.. Kesimpulan yang aku dapat buat: Perbetulkan diri kita, cintailah pencipta, cinta yg lain pasti tiba.. <-- menasihati diri, teman dan keluarga~

p/s: Jangan lupa mengikuti cerita bersiri KISAH di blog ini.. Baca dari awal~ (^_^)v


Sunday, June 12, 2011

Kisah (Bhgn 16) : Kembali Sedar~

Bismillahirrahmanirrahim...

Jauh di sudut hatinya, Mubin benar-benar kecewa kerana dia dan yang lain tidak dapat merangkul piala kejohanan itu namun dia tetap juga bersyukur akan segala yang telah pun tersurat dalam hidupnya itu. Mereka berdiri dekat untuk bersorak gembira atas kejayaan mereka merangkul naib johan dalam perlawanan itu. Itulah hasil usaha, yakin Mubin. Kemudian, mereka beramai-ramai ingin bergerak ke kawasan gerai-gerai jualan yang terletak tidak jauh dari padang itu. Namun, Mubin ada agendanya sendiri. Dia ingin berjumpa dengan Ika yang sedang berada di sebuah dewan kuliah untuk pertandingan pidatonya itu lalu meluahkan segala isi hatinya kepada wanita itu. Lantas dia memberitahu Ali akan agendanya itu.

"Kau dah betul-betul bersedia?" Kata Ali yang barangkali terkejut akan rancangan Mubin itu.

Mubin yakin, Ali tidak mahu dia bersikap terburu-buru dalam membuat keputusannya itu. Namun, sampai bila dia harus menyimpan hasratnya itu? Dia harus tahu kebenarannya.

"Inilah masanya. Aku nak beritahu pasal kemenangan kita lalu meluahkan semua perasaan aku terhadap dia. Sekarang atau bila-bila pun sama sahaja kan?" Kata Mubin.

Ali tidak mampu berkata apa-apa lagi. Mubin telah pun membuat keputusannya. Mubin lantas berlari menuju ke tempat yang ingin ditujunya tadi. Sedang berlari, dia menoleh ke belakang untuk mengajak Ali ikut serta. "Ali, jom la ikut aku!" Jeritnya. Tanpa dia sedari, dia telah terlanggar seseorang dan menjatuhkan bungkusan yang dibawa orang itu. Dia terkejut lantas membantu wanita itu mengambil bungkusan makanan dan air minuman yang berada di lantai.

Nasri
Aku datang menghampiri Nisa dan lelaki yang telah melanggarnya itu. Aku turut juga membantu lelaki itu mengemas bungkusan makanan Nisa.

"Kenapa lari-lari ni? Tengok apa dah jadi." Aku sudah tak tertahan lagi.

"Maaf, saya, saya tak sengaja. Saya... Ni, ambil duitnya. Awak boleh beli makanan yang baru." Lelaki itu kegagapan kerana berasa bersalah dalam hal ini. Dia mengeluarkan Rm5 dari dompetnya dan menghulurkannnya kepada Nisa.

"Tak apa, makanan ni pun masih elok lagi. Lagipun saya sendiri yang sibuk check barang yang saya beli ni tadi. Sampai tak perasan ada orang berlari kat depan." Nisa berkata sambil menunjukkan bungkusan yang dipegangnya itu.

Lelaki itu tetap juga memberikan sedikit duit bagi menggantikan air minuman Nisa yang jelas-jelas tidak dapat diminum lagi. Selepas itu, dia pergi dan terus berlari semula. "Tengok tu, lari lagi." Aku berasa agak bengang dengan lelaki itu. Kenapa dia nak berlari-lari dalam kawasan kolej ni? Ingat maraton apa? Kalau bukan Nisa sekali pun yang dilanggar, aku tetap juga bengang akan sikap lelaki itu. Nasib baiklah Nisa ada di situ. Dia memang banyak menenangkan aku. Kami kemudiannya menuju ke kafe berdekatan.

"Macam mana, best tak karnival ni? Tanyaku kepada Nisa.

"Boleh tahan. Lagipun bayak gerai-gerai jualan. Tu je la yang best bagi aku pun. Nak bersemangat kolej semua tu sah-sah la tak ada kan?" Jawab Nisa sambil ketawa.

Aku hanya tersenyum mendengar kenyataannya itu. Kami teruskan perbualan kami sambil menjamu kuih yang dibeli oleh Nisa tadi. Nasib baik kuih itu masih elok untuk dimakan. Nisa menanyakan aku tentang bulan puasa yang bakal tiba bulan berikutnya. Aku memberitahunya bahawa aku akan menjalani ibadah puasa itu di matrikulasi. Mungkin hujung minggu aku boleh balik ke Shah Alam untuk berbuka puasa bersama keluarga. Itu sudah pasti tak akan aku tinggalkan setiap kali menjelangnya Ramadhan. Tiba-tiba, aku melihat Haikal dari jauh. Aku memanggilnya untuk memperkenalkan Nisa kepadanya.

"Haikal, ni kawan aku, Nisa. Kita orang pernah kerja tempat yang sama dulu. Nisa, ni kawan satu kelas dengan aku, Haikal." Aku saling memperkenalkan mereka berdua.

Haikal menghulurkan tangannya untuk bersalam. Namun, Nisa hanya menundukkan kepala tanda tidak ingin menyambut tangannya itu. Haikal lantas mengalihkan tangannya. Aku lantas berkata sesuatu bagi memecah suasana yang tiba-tiba senyap itu.

"Aku nak kena jumpa sepupu aku nanti. Dia pun ada kat sini. Malam ni agaknya aku jumpa dia." Suasana tetap juga sunyi. Aku teruskan kata-kata.

"Haikal, kau tahu sesuatu? Idlan cakap, Cikgu Amri nak berjumpa dengan aku tapi aku masih belum sempat berjumpa dengannya. Kenapa agaknya ya?" Tanya aku kepada Haikal.

"Oh, dia ada cakap yang dia nak kau buat persembahan time jamuan raya nanti. Jadi, kau boleh la fikir-fikirkan lagu apa yang kau nak nyanyi nanti." Balas Haikal sambil tersenyum.

Aku agak terkejut akan kata-kata Haikal itu. Tiba-tiba, haikal meminta untuk mengundurkan diri kerana dia masih ada kerja yang hendak dilakukan. Kemudian, Haikal pergi tanpa aku sempat berkata apa-apa. Nisa tersenyum lalu menyatakan kekagumannya terhadap aku yang pandai menyanyi.

"Tak sangka, rupa-rupanya pandai juga kau menyanyi ya Nas." Kata Nisa.

"Eh, banyak lagi yang kau tak tahu tentang aku tau. Aku ni pandai juga main gitar, menyanyi, dan berjoget." Jelasku.

Lantas dia ketawa di situ juga. Mungkin dia tidak percaya akan kata-kataku itu. Aku dapat melihat girang di wajahnya ketika itu. Dia tidak pernah menghampakan tatkala kami berjumpa. Aku tidak pernah berjumpa wanita sebaik ini yang mampu memberikan kebahagian kepada aku walaupun dengan hanya melihat senyum tawanya itu. Aku benar-benar sudah jatuh cinta. Wajahku tidak teralih melihat wajahnya itu.

"Nas! Nas!" Panggil Haikal. Dia memetik jarinya berulang kali. Kemudian ditepuk pula tangannya sekuat hati. Aku tersentak akan bunyi itu.

"Amboi, jauh mengelamun. Dah sampai mana dah?" Kata Haikal sambil tersenyum di depan aku.

Aku mula tersedar. Rupa-rupanya, aku masih di bilik ini, tidak ke mana-mana. Aku hanya terkenangkan semua kenanganku bersama Nisa. Apakah masih ada harapan untuk aku bertemu dengannya? Kehilangan telefon bimbitku benar-benar membimbangkan aku ketika ini.

"Tak payah la difikirkan sangat tentang phone kau tu. Esok, aku teman kau pergi Celcom center lepas tu kau boleh la dapatkan sim card baru. Kau try la minta ayah kau phone baru nanti. Dia mesti bagi punya. Bukan kau sengaja nak hilangkan phone tu pun." Kata Haikal lagi meyakinkan aku.

Namun, Haikal tidak tahu apa yang sedang aku fikirkan sebenarnya. Aku memikirkan tentang Nisa kerana aku tidak tahu bagaimana lagi caranya untuk kami berhubung kerana semua nombor kawan-kawanku disimpan pada kad sim. Dia baru menegurku semalam melalui khidmat pesanan ringkas tetapi aku tidak sempat membalas mesejnya itu. Aku hanya mampu berharap dia akan menegurku lagi selepas aku mendapat sim dan phone baru tak lama lagi. Itu sajalah yang mampu aku harapkan kini.

"Eh, kau orang tak pergi kelas ke? Dah jumpa handphone?" Tanya Mubin yang tiba-tiba memecahkan suasana yang agak suram itu. Dia baru sahaja pulang dari kuliah.

"Tak jumpa pun phone tu. Dah ada orang ambil la tu. Kelas kita orang start petang nanti." Jelas Haikal.

Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi. Serabut jadinya fikiran ini tatkala mengenangkan nasib yang sedang aku alami ini. Aku memilih untuk berdiam diri seketika.

"Sabarlah, Tuhan tak akan menguji seseorang itu kalau hambaNya itu tak berupaya menjalani ujian yang ingin diberikan." Kata-kata Mubin yang membuatkan jiwa ini semakin tenteram. Aku redha.

                                                                                                                                             Bersambung...



Saturday, June 11, 2011

Meraih Impian Realiti ~ OST Kisah

Meraih Impian Realiti

Gigihnya mereka jelas terlihat lewat mata ini
Namun ku tak merasa kerna ku hanyalah pemerhati

Namun di jiwa ini dapat kurasakan kehangatannya
Semangat yang membara untuk merebut gelaran sang juara

Kau juara kau pun juara
Siapa pun bisa jadi juara
Kau kecundang kau pun kecundang
Namun semangatmu takkan hilang

(Music bridge)

Gigihnya diriku kini kurasa kehangatannya
Semangat yang membara untukku menggapai puncak menara

Ku di sini kau pun di sini
Samalah kita menggapai mimpi
Kau kan pasti ku kan pasti
Mencapai segala yang diimpi

Ku di sini kau pun di sini
Samalah kita menggapai mimpi
Kau kan pasti ku kan pasti
Meraih impian realiti

Lagu: Aiman Amin
Lirik: Aiman Amin



Friday, June 10, 2011

Kisah (Bhgn 15) : Bicara Karnival Kokurikulum~

Bismillahirrahmanirrahim...

Sebulan kemudian~

Hari itu, aku merasakan sekali lagi kegembiraan yang ternyata sama enaknya seperti sebelum ini. Walaupun sudah beberapa kali dia datang melawatku di sini, perasaan itu tetap sama. Tidak berkurangan dan tidak juga berlebihan. Mungkin disebabkan oleh tiadanya sebarang kemajuan dalam aku menyampaikan perasaanku ini kepadanya. Namun, aku tidak kisah dan aku masih menanti masa yang benar-benar sesuai. Perjalananku ini masih jauh dan aku tidak harus terburu-buru untuk mencapai yang satu ini. Jam di tangan jelas menunjukkan waktu telah pun masuk pukul 2.45 petang. Masa bertemu adalah pukul 3 dan aku lebih gemar datang awal untuk menepati masaku daripada merosakkan masa orang lain.

Sebelum keluar, aku memberitahu Idlan yang aku ingin bertemu dengan kawanku dari UiTM. Itu pun hanya selepas dia bertanyakan kepadaku ke mana aku hendak pergi. Keluar sahaja dari bilik, aku bertembung pula dengan Haikal. Dia juga menanyakan soalan yang sama. Lantas aku memberitahunya jawapan yang sama seperti yang telah kuberikan kepada Idlan tadi. Kemudian, Haikal mula mengusikku dengan kata yang agak menyentap benakku. "Dia datang lagi ke sini? Mentang-mentanglah dah dekat. Bila pula kau nak ke sana?" Kata-kata Haikal yang benar-benar membuatku berfikir lebih jauh lagi. Apakah aku ini sudah kelihatan seperti seorang yang tidak gentleman langsung? Harus kulupakan semua itu seketika dan bergegas ke kafe untuk berjumpa dengannya.

Sesampainya aku di kafe, dia masih lagi belum ada di situ. Dia sudah tahu ke mana harus ditujuinya setelah sampai di perkarangan matrikulasiku ini. Maklum sahaja kerana sudah banyak kali dia datang ke sini bersama teman rapatnya dari UiTM itu. Tiba-tiba, aku ditegur oleh seseorang dari belakang. "Nas." Namaku disebut penuh kelembutan. "Nisa, assalamualaikum. Duduk la."Aku mengajaknya duduk di depanku. Dia meminta maaf kerana membuatku tertunggu. Dengan cepat aku menjelaskan kepadanya akan sikap sebenarku yang sememangnya biasa tiba awal untuk berjanji temu. Dia lantas tersenyum mendengarnya.

Aku bertanyakan kepadanya mengenai apa yang dibicarakan oleh Haikal sebentar tadi. Apakah dia tidak kisah datang ke sini sedangku aku menjejakkan kaki di UiTMnya itu pun tidak pernah? Lantas dia menjawab, "Alang-alang member aku pun nak datang sini jumpa kawan, apa salahnya. Lagipun dekat, tak jauh pun. Bayar duit dekat prebet sapu seringgit je dah boleh pergi balik,". Dia acap kali membuahkan senyuman yang cukup manis selepas mengucapkan apa jua kata yang menyenangkan. Di Kuala Pilah ini, kalau nak ke mana-mana agak sukar untuk mendapatkan teksi. Namun di sini ramai yang bekerja sebagai "prebet sapu" bagi menggantikan tugas pemandu teksi yang sukar ditemui di pekan ini. Harganya pun lebih murah dan agak berbaloi menggunakan khidmat mereka.

Aku sebenarnya ingin memberitahunya mengenai Karnival Kokurikulum Matrikulasi 2008 yang akan dijalankan tak lama lagi. Kolej matrikulasiku menjadi tuan rumah tahun ini dan aku benar-benar harap dia dapat menghadiri karnival itu memandangkan dia tidak bercuti dan masih berada di Pekan Pilah ini. Lantas aku memberitahunya mengenai karnival yang lebih dikenali sebagai KAKOM itu.

"Bila karnival tu?" Tanya Nisa.

"Dua minggu lagi. Nanti apa-apa hal aku inform la," Jelasku.

Dia tersenyum lagi mendengar penjelasku yang jelasnya tidak begitu terperinci. Kalau semuanya diberitahu sekarang, apa lagi yang akan kucakapkan di telefon kelak. Selorohku dalam hati. Dia bertanyakan penglibatanku untuk Karnival yang bakal menjelang itu. Aku memberitahunya bahawa aku hanya terlibat sebagai sukarelawan bola sepak sahaja. Dia tersenyum lagi. Kali ini, aku tidak pasti akan senyumannya itu. Apakah itu satu sindiran kerana aku bukanlah wakil matrikulasi sebagai atlet?

"Jadi sukarelawan itu pun satu jalan untuk berbakti dan berbakti itu sememangnya boleh diberi dengan pelbagai cara. Bakal johan la nampaknya Negeri Sembilan kali ni?" Kata Nisa yang sungguh menyenangkan hati dan membuahkan kembali senyum di bibirku.

"InsyaAllah." Balasku.


Kolej Matrikulasi Perlis

Mubin
Perjumpaan semua atlet kolej dengan guru pengiring kami kini sedang dijalankan. Ketika itu, mulalah segala kata-kata semangat dilontarkan. Kata-kata yang pastinya membuatkan anak-anak muda ini membara jiwanya untuk meneruskan segala apa yang mereka impikan. Ada yang mengatakan, orang sukan seperti kami ni semangatnya sememangnya mudah dinyalakan dan sangat cepat marak. Semakin banyak yang diberi, semakin banyak jugalah yang bakal diambil. Namun, aku takkan pernah percaya. Manusia itu hakikatnya sama sahaja. Setiap kelompok manusia itu pasti ada yang begitu dan begini. Kita takkan pernah mungkin dapat mengkaji seluruh isi dunia. Ada kajian yang mengatakan, wanita-wanita yang tercantik di dunia terkumpul di Venezuela. Apakah mereka sudah melihat wanita di seluruh dunia? Barangkali saja kajian itu sendiri asalnya dari sana.

Dari tempat duduknya aku, aku dapat melihat Ika dari jauh. Dia menjadi wakil pemidato kolej kami. Kini, aku merasakan yang tiada wanita lain bertakhta di hati ini selain dia. Namun, aku masih mencari masa yang sesuai untuk meluahkan perasaanku meskipun aku sudah mulai yakin yang dia juga memiliki perasaan yang sama. Mungkin, tatkala kejayaan memihak kepada kami nanti, aku akan mencurahkan segala apa yang kupendam selama ini. Mungkin...

Karnival Kokurikulum Matrikulasi 08
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
Ogos 2008

Aku kini sedang menantikan kehadiran Nisa. Kenapakah dia masih juga tidak kunjung tiba? Perlawanan akhir bola sepak sudah pun bermula. Apakah sesuatu telah berlaku di jalanan? Apa sahaja yang aku fikirkan ini. Mungkin sahaja dia sedang menunggu kawannya yang sedang berdandan ataupun dia sendiri yang lama berdandan. Lagipun, dia tidak memberitahuku kalau-kalau dia ingin datang pagi, petang mahupun malam. Sepatutnya, aku lebih fokus akan tugasku sekarang ini.

Menjadi sukarelawan untuk pertandingan bola sepak dikira agak beruntung berbanding sukan-sukan lain. Kerja kami tidak banyak. Ambil kotak-kotak air dan piala lalu menyaksikan perlawanan. Semua kotak-kotak itu diletakkan awal-awal lagi di astaka dan segala urusan di padang pula dilakukan oleh pengadil-pengadil profesional. Kalau dipanggil, barulah datangnya tugas baru. Tugas kami lainnya adalah memberikan sorakan kepada kolej kami sendiri. Maklum sahajalah, jelas-jelas kami adalah tuan rumah. Namun, selepas kolejku sendiri tidak sampai ke peringkat ini, aku bolehlah mula berehat.

Tiba-tiba, telefon bimbitku berdering. Nisa membuat panggilan ke telefonku. Aku menjawab panggilan tersebut lantas menanyakan kedudukannya. Katanya, dia sudah sampai di kawasan astaka. Aku memandang ke kiri dan kananku untuk mencarinya. Tidak lama selepas itu, dirinya pun kelihatan tidak jauh dari tempat aku duduk dan dia sudah pun dapat menjejakku dari jauh. Dia datang menghampiriku untuk duduk di sampingku.

"Assalamualaikum." Nisa memberikan salam lalu duduk di sisiku.

Aku menjawab salamnya itu dengan penuh sopan santun. Maklum sahajalah, sedang berkata-kata dengan pilihan hati. Sesiapa pun akan melakukan perkara yang sama. Dia bertanyakan kepadaku siapakah yang sedang berentap di padang sekarang. Aku memberitahu segala-galanya kepadanya.

"Dah perlawanan akhir pun. Sekarang ni, Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) lawan dengan Matrikulasi Perlis (KMP). Dua-dua pun masih kosong lagi. Baru je start pun." Jelasku.

"KMNS?" Soalan yang benar-benar menyentap kalbuku buat kesekian kalinya. Namun aku percaya, itu hanyalah satu gurauan biasa. Lantas kami berdua pun ketawa di situ juga.


Mubin
Aku sedang beraksi di padang bola mewakili kolej matrikulasiku, KMP bagi perlawanan akhir Pertandingan Bola Sepak Karnival Kokurikulum Matrikulasi 2008. Sesuatu yang sudah cukup untuk membanggakan kami kerana walaupun kami kecundang untuk perlawanan akhir ini, kami tetap juga akan menjadi naib johan pertandingan itu. Namun, permainan masih belum tamat. Aku akan tetap berusaha.

Ulasan:
Bagi separuh masa pertama, KMPP menjaringkan satu gol dahulu hasil tendangan Akmal Hakim membuatkan mereka berada di depan dengan satu mata. Perlawanan berjalan agak sengit memandangkan kedua-dua pasukan jelas menunjukkan corak permainan yang sangat baik. Selepas jaringan pertama, kedua-dua pasukan mengambil masa agak lama untuk jaringan berikutnya memandangkan tahanan kedua-dua pasukan agak mengagumkan. Sebelum separuh masa pertama berakhir, KMP sempat menyamakan mata dengan jaringan gol yang dilakukan oleh Muhammad Mubin dari kolej tersebut. Permainan diteruskan lagi untuk separuh masa kedua dan kali ini perlawanan antara kedua-dua pasukan menjadi semakin sengit. Sehingga tamat separuh masa kedua pun, masih tiada pasukan yang dapat menjaringkan gol untuk mata kemenangan. Permainan diteruskan dengan masa tambahan dan ketika itulah, KMPP berjaya meraih mata kemenangan hasil jaringan Mohd Lutfee.

"Mubin, tak apa la. Kita dah buat sehabis baik bukan?" Kata Ali kepada Mubin. Mubin hanya tersenyum dan mengangguk-anggukkan kepalanya tanda setuju. Mereka siap untuk mengambil Piala.

Di astaka pula, Nisa ingin beredar sebentar untuk membeli air minuman di gerai-gerai jualan. Aku membenarkannya pergi namun aku harus tunggu sebentar untuk upacara penyampaian piala kemenangan. Upacara itu dijalankan dengan lancar sekali tanpa sebarang masalah. Setelah semuanya selesai, orang ramai mula beredar dari situ. Hanya segelintir saja yang masih ada di situ termasuklah aku. Aku masih di situ untuk menunggu Nisa. Lama sungguh dia pergi membeli air, kata hatiku.

                                                                                                                                         Bersambung...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...