I made this widget at MyFlashFetish.com.

Welcome To My Blog!!

This blog has been made since last year (2010). Initially, I was not sure what should I share in my blog?? So, I started my writing things with any thought about something that I really interest to talk about such as movies, people attitudes and so on.. After a long time, I started to be bored in updating my blog because I actually didn't know what more should I share in my blog?? So now, I got an idea how to continue my writing things.. I prefer to write a series story which is actually based on the true stories.. Hehe.. But, with a big changes here and there compared to the real stories to make it more fresh and attractive.. Initially, I want to write a novel but I just don't know what is the true format to do so.. so, I change my intention and just write the series story..

Don't forget to keep reading my series story until the story reaches to the end.. Thnx 4 Visiting.. Have a nice life~


P/s: But I think they are really came from my heart.. :)

Sunday, July 24, 2011

Trio Detectives (promo) : Akan Datang~

Bismillahirrahmanirrahim...

~ Penyiasatan Bermula Januari 2012 ~


~ Mahkamah Khayalan ~



Saturday, July 23, 2011

Jomblo: Pendekatan yang bukan caraku tetapi tetap suka~

~ JomBlo by Hanung Bramantyo ~

Bismillahirrahmanirrahim...

Semalam bersamaan 22 Julai 2011, jadualku tidak seperti biasa. Aku tak berFB pun malam semalam.. mula berFB pun pukul 12.00 tengah malam, masuk tarikh baru 23 Julai 2011. Bukan apa, seperti yang dijadualkan, biasanya aku akan menonton drama bersiri Tahajjud Cinta pada pukul 9 sehingga pukul 10 malam tu. Tapi, malam semalam, aku extend sikit masa menonton TV aku dengan menonton filem indonesia di channel Astro Pelangi 142 berjudul Jomblo arahan Hanung Bramantyo. Sebuah filem komedi cinta, seperti yang dinyatakan pada poster yang aku sendiri rasa tak layak pun sebenarnya digelar komedi cinta. Kenapa??

Jawapan:-
1. Unsur komedinya tak banyak pun..   mungkin kalau aku orang indonesia aku akan faham kot..
2. Unsur sedihnya memang menusuk Qalbu la..   heheh.. aku sorang je kot.. bertisu depan tv
3. Unsur luc**nya ada.. Tapi bukan secara melampau.. aku tengok Astro okay..   maksud aku kalau cerita itu ada unsur luc** bukanlah cerita komedi tetapi cerita luc**..


Namun begitu, tak bermaksud aku tak suka filem ni walaupun aku tak mengiktiraf cerita ni sebagai filem "komedi cinta". Aku suka filem ni. Apa pasal pulak???

Jawapan:
-
1. Filem ini mengangkat unsur kesetiaan, keberanian, persahabatan, jgn putus asa, percintaan dan banyak lagi..
2. Filem ini juga mengangkat kontra kepada unsur-unsur yang telah dinyatakan di atas... ye2 je aku nih.. haha..
3. Filem ni berkisarkan pencarian cinta anak muda.. so, dekatlah dengan aku yang masih muda..  (^__^) v
4. Filem ni ada menyebut beberapa Quote yang aku suka dan setuju.. Quote apa????


Jawapan kepada soalan pada jawapan no. 4 soalan sebelumnya:
-

"Cinta bisa datang, cinta juga bisa pergi, tapi ada satu yang cinta enggak bisa lakukan....cinta enggak bisa menunggu" -Doni-


"Menurut gue, nggak ada pasangan yg benar-benar cocok dalam dunia ini. Apa yang penting, saling mengerti, adaptasi dan menghormati." -Agus-

"Aku memanggilnya bidadari pagi...
 Aku pula memanggilnya Dewi Malam...

 Aku mengarang puisi buatnya...

 Dan aku mencipta lagu buat dia...
"

Quote di atas diluahkan dua sahabat, Olip dan Doni yang ingin menyatakan apa yang telah diberikan kepada seorang wanita yang dicintai oleh mereka..

"Sahabat? Seorang sahabat nggak akan merampas pujaan hati sahabatnya sendiri..." -Olip-

"Jika gue memilih yang terbaik, gue pastinya akan meninggalkan lorh juga suatu hari nanti setelah gue menemukan cewek yang lebih baik..." -Agus-

*dan banyak lagi cuma tak berapa nak ingat.. yang kat atas ni pun lebih kurang macam tu la ayatnya.. haha..  : )



Tak lengkap la kan kalau aku tak ceritakan serba sedikit mengenai cerita ni. Tapi sebelum tu, korang tahu ke tak apa maksud Jomblo tu?

Jomblo
tu maksudnya bujang atau masih single.. haha.. persis gue, emangnya gue ini masih jomblo kok..
Chewaahh, cakap indon sikit~


So, macam mana ceritanya?

~ 4 sekawan dalam filem Jomblo ~

Secara dasarnya, filem ini mengisahkan tentang 4 sahabat baik yang masih bujang atau jomblo oleh kerana sebab-sebab yang berbeza. Bimo ( Dennis Adhiswara ), seorang yang sangat sukar untuk mendapatkan pasangan kerana sering kali ditolak setiap kali ingin mula berpacaran. Doni ( Christian Sugiono ) pula masih bujang kerana dia tidak ingin mempunyai hubungan yang lebih serius walaupun sangat mudah digemari oleh golongan "cewek". Dia lebih memilih untuk  memasang perempuan kiri kanan keliling pinggang daripada mempunyai satu teman hidup.

Agus ( Ringgo Agus Rahman ) pula digambarkan sebagai seorang jomblo yang menemukan teman lamanya bernama Rita ( Richa Novisha ) lalu mengambilnya sebagai teman wanita. Namun, semakin lama mengenali, mereka sangat sukar untuk mengalah jika ada perselisihan. Dalam masa yang sama, Agus menemukan seorang wanita lain yang lebih baik dan cantik daripada Rita iaitu Lani ( Nadia Saphira ). Apakah Agus akan setia kepada yang lama? Korang tengok sendiri la untuk tahu jawapannya. Haha..

Sahabat yang keempat pulak bernama Olip ( Rizki Hanggono ). Olip ni digambarkan sebagai seorang lelaki yang takut untuk menyatakan cintanya kepada seorang wanita. Walaupun sudah 3 tahun menyaksikan wanita itu dari jauh, Olip masih lagi tidak berani menegur wanita yang bernama Asri ( Rianti Cartwright ) itu. Namun, konflik mula timbul apabila Olip sudah berani meluahkan perasaannya terhadap Asri. Apakah konfliknya itu?

Doni juga mencintai Asri sepertimana Olip mencintainya. Namun, Asri tidak pernah mengetahui perasaan Olip sebelum Doni keterlanjuran dengannya dan dia meminta Doni untuk bertanggungjawab dengan menjadi "pacar"nya. Setelah Asri tahu Olip mencintainya, dia telah pun berpacaran dengan Doni dan tidak mampu berbuat apa-apa kerana Asri sememangnya seorang yang setia. Timbul pertelingkahan besar antara dua sahabat itu setelah Olip mendapat tahu perkara sebenar kerana Doni sememangnya telah lama tahu bahawa Olip benar-benar mencintai wanita yang bernama Asri itu.

Apakah kesudahannya?

Empat sahabat itu terpisah dan menjalani kehidupan masing-masing. Agus tetap setia kepada Rita dan menerima segala baik dan buruk kekasihnya itu. Olip pula telah berani untuk menyatakan cintanya dan cuba mendapatkan seorang wanita untuk dijadikan "pacar"nya. Bimo tetap juga ditolak oleh gadis-gadis di kampus namun dia menjadi semakin kental dan tidak menganggap penolakan itu sebagai alasan untuk dia berhenti daripada terus berusaha. Doni pula masih lagi berhubungan dengan Asri dan dia telah pun dibawa untuk berjumpa keluarga Asri bagi melanjutkan perhubungan mereka kepada tahap yang lebih serius. Doni juga tidak lagi menjadi buaya darat. Itulah kesudahannya.


Kejap, apa kena-mengenanya tajuk entri ni dengan apa yang dah aku ulaskan mengenai filem ini?

Ya, sememangnya dulu aku sama sahaja seperti mereka, lebih tepat seperti Olip. Sangat takut meluahkan isi hati walaupun ingin mempunyai teman wanita. Namun kini, aku sudah tidak memikirkan hal yang sedemikian lagi. Bagiku, belum sampai masanya untuk aku memulakan apa-apa hubungan yang serius. Sebab itu pendekatan yang ditunjukkan dalam filem ini sangatlah kontra dengan pendekatanku sekarang.

Aku tidak lagi seperti mereka, begitu gigih mendapatkan cinta kerana aku yakin, akan tiba masanya, bila aku sudah bersedia, aku akan mula mencari tetapi bukanlah buat masa sekarang ni. Seelok-eloknya teman-teman juga memikirkan perkara yang sama. Tapi, kalau dah ada tu tak perlu la mengada-ngada nak putus kalau tak ada perselisihan yang berlaku antara korang. Tapi, kalau berselisihan faham, seeloknya berbincang elok-elok. Mungkin kita kalian akan lebih mengenali pasangan masing-masing. Cehh, jadi doktor cinta la pulak.. heheh..

Itu sahaja untuk entri kali ini. Jangan lupa menonton Filem Jomblo ini selagi masih ada pratonton secara percuma di Astro Pelangi saluran 142 dan mengikuti cerita bersiri KISAH yang ada dalam blog ni jugak... Hahah~ (^__^)v


Friday, July 22, 2011

Kisah (Bhgn 23) : Harapan Sembuh Si Pesakit Koma~

Bismillahirrahmanirrahim...

Keesokan harinya..

Mubin
Puas aku memujuk Haikal untuk menemaniku pergi melawat Amin. Namun, semuanya itu ternyata sia-sia kerana pelawaanku itu tetap juga ditolaknya. Barangkali, dia masih lagi trauma akan kejadian yang menimpanya semalam. Yang pasti, aku tidak mampu memaksanya lagi. Keputusannya telah pun dibuat. Lalu bersendirianlah aku pergi ke hospital tanpa ada yang menemani.

Nasri pula sedang bersama Murni ketika ini di Mid Valley, menemani gadis itu membeli barang keperluan kolej di sana. Apa yang membuatkan aku tertanya-tanya, kenapa Nasri begitu rapat dengan Murni sejak belakangan ini? Dia juga kini jarang-jarang menjalankan tugas pencarian yang dahulunya begitu taksub dilakukannya. Adakah dia sudah dapat menerima perginya Nisa dari hidupnya? Aku sendiri tidak begitu pasti akan hal itu.

Kakiku melangkah masuk pintu utama hospital itu lalu pergi mendapatkan lif untuk ke tingkat atas. Sesampainya aku di depan pintu bilik Amin, aku terus merangkul bonggol pintu tersebut lalu masuk ke dalam bilik secara perlahan. Ada seorang lelaki muda berkemeja lengan panjang berwarna biru terang sedang berdiri di tepi katil sambil meneliti data-data pesakit. Lalu aku menyapa lelaki berkenaan dengan memberikan salam kepadanya.

                    "Assalamualaikum"

                    "Waalaikumussalam. Kamu siapa?" Soal lelaki itu.

                    "Saya kawan kepada pesakit."

                    "Oh, kawan kepada Amin. Saya Dr. Ismadi. Boleh kita berbincang sekejap? Seeloknya di luar saja."

Aku menurutkan sahaja kehendak Dr. Ismadi itu. Apakah agaknya yang ingin dibincangkan olehnya. Aku bukannya ahli keluarga Amin. Mengapa dia tidak menunggu sahaja kedatangan Puan Hasnah dan Encik Iqbal, melawat anak mereka nanti lalu membincangkan perkara itu dengan mereka?

                    "Sebenarnya begini, harapan untuk pesakit sembuh sangatlah tipis. Kesan daripada hentakan yang kuat di kepala telah menyebabkan otaknya gagal berfungsi. Sekarang ni pun, dia hanya bernafas melalui sistem sokongan hayat."

                    "Jadi, apa yang doktor cuba bincangkan?"

                    "Saya ada mencadangkan kepada keluarga pesakit untuk membawa dia pulang kerana secara teknikalnya dia dah tak ada peluang lagi untuk hidup. Sekarang ni pun dia masih boleh bernafas atas bantuan sistem sokongan hayat. Dengan adanya sistem ni, sel-sel badan sememangnya kelihatan hidup tetapi hakikatnya pesakit telah pun meninggal dunia apabila roh terpisah daripada jasad."

                    "Maksud doktor, doktor nak cabut nyawa dia walaupun dia masih dapat bernafas? Hidup mati kita bukan Tuhan yang tentukan?"

Aku menjadi agak emosional pada ketika itu. Mana tidaknya, inilah kali pertama aku menghadapi kes seperti ini. Jelas-jelas secara zahirnya Amin masih lagi hidup kerana dia masih mampu bernafas. Kenapa ingin diputuskan sistem sokongan hayat itu sedangkan Amin berkemungkinan akan sedar tidak lama lagi.

                    "Dia bukannya dapat bernafas tetapi boleh bernafas"

                    "Apa bezanya, doktor?"

                    "Dia bukannya berupaya untuk bernafas tetapi diberi peluang untuk tetap bernafas dengan adanya sistem sokongan hayat ni. Saya faham, mereka yang terdekat dengan pesakit mungkin tak dapat menerima hakikat bahawa pesakit akan meninggal dunia akhirnya setelah sistem sokongan ini diputuskan, tetapi sampai bila dia harus bergantung kepada sistem sokongan hayat ni? Bukan kerja saya untuk mencabut nyawa manusia, tetapi adakah keluarga pesakit atau kamu sendiri sanggup melihat keadaan dia seperti ini? Saya tak akan mencadangkan perkara ini sekiranya ada ilmu baru dalam dunia perubatan yang boleh memulihkan pesakit mati otak." Jelas Dr. Ismadi panjang lebar.

                    "Jadi, kenapa tak langsung dibincangkan perkara ini dengan keluarga Amin? Saya tak ada hak untuk membuat keputusan, doktor."

Dr. Ismadi menjelaskan kepadaku sebab perbincangan ini dibuat denganku. Setelah Dr. Ismadi mendapati Amin mempunyai harapan yang sangat tipis untuk terus hidup, perkara ini telah pun dibincangkan bersama Encik Iqbal dan Puan Hasnah semalam. Namun, cadangannya ditolak keras oleh Puan Hasnah untuk membenarkan pihak hospital mencabut sistem sokongan hayat anaknya itu. Dia tidak mampu berkata apa-apa lagi malahan dia sendiri teruk dimarahi oleh Puan Hasnah. Patutlah Puan Hasnah begitu berang semalam sejurus melihat Haikal di depan matanya. Dia sudah tentunya tidak dapat menerima pemergian anak tunggal satunya itu.

Aku memberitahu Dr. Ismadi bahawa aku akan berusaha membantu Encik Iqbal memujuk isterinya itu. Aku yakin, Encik Iqbal sudah tentu telah redha akan ketentuan ini kerana dia kelihatannya sungguh tenang semalam seperti tidak ada apa pun yang berlaku. Tidak lama kemudian, Dr. Ismadi pun beredar dari bilik itu. Mengenangkan kembali apa yang diperkatakan oleh Dr. Ismadi tadi membuatkan hatiku meruntun sedih. Aku juga berasa pelik, mengapakah aku begitu sedih? Sedangkan aku dan Amin bukanlah begitu rapat sebelum ini. Berbual dengannya sahaja jarang-jarang terjadi. Namun, atas rasa kemanusiaan, aku turut merasakan kesedihan yang bakal dirasakan oleh mereka nanti. Tiba-tiba, bonggol pintu bergerak perlahan seperti ada yang ingin memasuki bilik ini. Siapakah itu?

Nasri

Penat sungguh rasanya tatkala keluar membeli-belah bersamanya. Sekejap dia ke sini, sekejap lagi dia ke sana, semuanya wajib dilaluinya. Tak akan ada satu tempat pun yang akan terlepas daripada jejakan kakinya. Aku yang berkasut tapak nipis ini pula telah mula merasakan kepenatan. Namun, aku gagahinya juga dan cuba bersikap gentleman terhadap Murni. Aku mengikut sahaja ke mana dia pergi kerana tidak ada apa-apa lagi yang ingin kubeli. Tiba-tiba, Murni mengajak aku berhenti sebentar di tengah-tangah pusat beli-belah itu. Kami menjenguk ke bawah dari tingkat 2.

                    "Kat sini la pertama kali kita berjumpa." Murni membuahkan kata-kata, perlahan.

Apakah yang dimaksudkan olehnya itu? Bila masanya pula kami berjumpa buat kali pertamanya di sini? Sedangkan kali pertama aku berjumpa dengannya adalah ketika dia mengherdikku dahulu. Barangkali bukannya aku dan dia yang dimaksudkan olehnya dalam perkataan "kita" itu. Mungkin juga dia memaksudkan dirinya sendiri dengan seseorang yang lain tetapi bukannya aku. Kalau benar begitu, haruskah dia menyebutnya sehingga aku dapat mendengarkannya. Ataupun mungkin dia tidak sedar kata-kata itu keluar dari mulutnya. Aku terus sahaja mendiamkan diri.

                    "Jom, makan!" Pelawanya tiba-tiba.

Tanpa membuang masa lagi, kami meneruskan perjalanan ke medan selera yang terletak di tingkat paling atas Mid Valley Megamall itu. Aku terasa sangat lapar dan kepenatan, dan seharusnya juga mendapatkan semula tenaga yang telah hilang sepanjang perjalananku hari ini. Kami membeli makanan yang sama, minuman yang sama, bagaikan sepasang kekasih. Namun, hanya Nisalah yang ada di jiwaku ini, bukan yang lain. Walaupun sudah begitu lama tidak bertemu dengannya, perasaan itu tidak pernah pudar malahan kian memekar.

                                                                                                                                    Bersambung...



Kisah (Bhgn 22) : Atas Nama Cinta~

Setinggi penghormatan saya berikan kepada sahabat saya, A Al Fatih, atas kesudian beliau menyediakan seterusnya menyambung satu bahagian dalam siri KISAH untuk kali ini. Sesungguhnya ini InsyaAllah dapat menyuntik semangat kepada diri saya sendiri dan berkemungkinan besar juga buat pembaca lainnya untuk terus, tetap berkarya jika sudah ada minat dalam jiwa. Selamat membaca, Kisah (Bhgn 22) : Atas Nama Cinta~ (^__^)v

Bismillahirrahmanirrahim...

Nasri masih ketawa. Mubin tercenggang. Mengerjip-ngerjip mata kehairanan. Dia mencari-cari punca apa yang membuatkan Nasri ketawa sebegitu rupa. Nasri yang sudah mulai menepuk-nepuk pehanya, masih meneruskan ketawanya dengan galak. "Nasri cuba mempermainkan aku? atau semua yang dikatakan itu hanya sandiwara?", Ujar Mubin dalam hati. Nasri berdekah-dekah lagi ketawanya, setelah melihat wajah Mubin yang sudah berjaya diolok-olokan olehnya.

"Releks la Mubin, aku memain jelah" Nasri bingkas bangun merapati Mubin. Dirangkul bahu kawannya itu. Didekatkan bibirnya ke arah cuping telinga Mubin. Mubin mengelak, geli. Nasri merangkul Mubin sekali lagi. "Dengar la dulu"

Dengan separuh berbisik, dan separuh tersenyum, Nasri berkata. " Ika tu sebenarnya, sepupu akulah " Sepantas itu berdekah lagi ketawa dari bibir Nasri. Wajah Mubin merah padam. Kelihatan kerutan sudah memenuhi dahinya. Diketap giginya. Marah. Nasri mulai rasa bersalah.

              ' Mubin lek la, aku takde maksud pun '

              ' Takde maksud kau kata? Tengah ada banyak masalah, kau masih boleh bergurau senda '

Mubin diam. Masih lagi binggung dengan kejadian sebentar tadi, kini Nasri pula mempermainkannya. Nasri sepupu Ika? Malam perjumpaan KAKOM, itu Nasri bersama Ika?. Terkerlip wajah Ika yang hanya dilimpahi cahaya neon, wajahnya samar-samar, namun dalam samar-samar itulah kecantikan Ika terserlah,bertudung litup unggu, rangka pipinya membulat pabila sekuntum senyum terbit dibibirnya, giginya yang tersusun rapi itu malah meninggalkan kesan di hati sanubari Mubin. Sungguh, Ika sungguh cantik malam itu.

               ' Hoi! mengalamun ke? ' bentak Nasri.

               'Eh, erm takdelah. Erm, jadi betullah Ika sepupu kau?'

               'Ya, Mubin'

               'Bukan ex kau?'

               'Ya, Mubinnnn' Nasri menjuihkan bibirnya.

               'Okay'

Mereka senyap. Mubin sebenarnya terlalu bersyukur, kerana hakikat bahawa kawan seperjuanggannya itu bukanlah bekas kekasih wanita yang diminatinya itu. Walaupun tak terucap dibibir, namun di dada Mubin sudah tercipta sebuah daerah yang tenang, kerana dia tidak perlu ada rasa bersalah terhadap Nasri, jika dia dan Ika berjaya disatukan atas nama cinta. Namun, masih wujudkah di hati Ika lelaki yang dimaksudkannya dulu? Dia sendiri tidak pasti akan perkara itu. Dalam ketenangan yang baru tercipta di daerah itu, tercipta secara tiba-tiba bayangan mendung. Mendung itu berupa wajah amin. Amin. Ya, dia baru teringat.

              " Aku nak pergi melawat Amin esok, kau jadi ikut kan? "

              " Alamakkkk, kawan, aku dah janji dengan Murni. "

              " Lah, janji apa pulak? "

               " Aku dah janji dengan Murni nak pergi Midvalley. Nak teman dia. Erm, cari barang kolej sikit. Lusa boleh? "

               "Lusa tak dapat lah kot, sebab aku ada study group, kalau kau dah janji dengan Murni, memang dah tak boleh nak buat apalah, takpelah, aku gerak sorang esok"

               " Sorry Mubin.. bukan aku tak nak ikut, tapi.. itulah.. dah janji kan "

               " Takpe, aku faham "

Nasri bingkas bangun ke peraduannya kembali. Mengesek-gesek gitar. Bunyinya bingit, berentak keras. Dan tertangkap pula di kuping telinga Mubin. Kacau. Mungkin gesekan itu lebih kacau daripada segalanya. Namun dalam gesekan itulah fikiran Mubin terbuai dan terbayangkan wajah Amin dan Ika, Amin raut wajahnya kusam dan tidak bermaya, dan Ika sentiasa segar dan ceria. Wajah ini terkerlip berulang-ulang di mindanya. Bagaikan bintang dan bulan yang menghiasi dada langit ketika itu.

"Nisa, mungkin aku kelam, dan engkaulah bulannya, aku percaya, dan berharap kau pun faham, apalah ertinya jika aku bersinar tanpa kau di sisi ". Bintang berdegup halus, seolah-olah menganguk tanda setuju. Nasri tiba-tiba mengenangkan Nisa yang masih jua tidak kunjung tiba dalam hidupnya. Sebelum dia sedar, dia sudah tidur, dia sudah terlebih dahulu menguliti mimpi.

Karya,
A Al Fatih


                                                                                                                                      Bersambung...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...