April 2010
Hari itu adalah hari yang paling mengembirakan. Aku, Mubin dan Haikal sama-sama meraikan hari bahagia itu di salah sebuah pusat beli-belah di ibu kota. Maklum sahaja, peperiksaan akhir sudah selesai semuanya dan itu menandakan cuti semestar pun telah bermula.
Sebelum pulang ke rumah masing-masing, seronok juga dapat berhibur bersama kawan-kawan. Lagipun, selama dua bulan kami tidak akan berjumpa. Mubin berasal dari Langkawi dan Haikal pula adalah anak jati Pahang. Masing-masing tinggal berjauhan termasuklah aku yang tinggal di Shah Alam. Namun, persahabatan kami tetap utuh. Kami saling membantu, kami bagaikan satu.
Macam-macam yang aku nak buat hari tu. Nak main boling, nak tengok wayang dan macam-macam lagi la. Lagipun, stress menjawab kertas soalan aljabar tadi harus juga diredakan.
di kawasan beratur untuk membeli tiket wayang..
Nas: Hmm, nak tengok cerita apa ni?
Haikal: Apa-apa pun boleh.
Nas: Yela, filem "apa-apa" mana ada dalam senarai now showing pun. (aku ketawa diikuti Haikal dan Mubin)
Mubin: Kita tengok
Haikal: Tapi ada yang cakap cerita tu tak best la.
Nas: Member aku pulak cakap cerita tu best. Tak tau la, lain orang lain seleranya kan? (aku hanya tersenyum)
Mubin: So, macam mana?
Nas: Kita tengok je la. lagipun cerita lain pun belum tentu best ke tak kan?
Haikal: Okay, no hal. 3D la kan. Hmm, siapkan duit korang. 17 ringgit nak terbang ni. (kami ketawa ringan)
Di depan surau dalam pusat beli-belah berkenaan...
Mubin: Wei, aku ke tandas dulu. Rasa nak terkucil pulak.
(tandas terletak tidak begitu jauh dari surau)
Haikal: Aku pun. (Haikal mengikuti Mubin dari belakang)
Aku masuk ke surau untuk menunaikan solat asar terlebih dahulu. Selesai solat, aku keluar dari surau dan terserempak dengan Mubin yang ingin masuk ke dalam surau. Aku bertanyakan tentang Haikal dan dia menjawab barangkali Si Haikal sedang lepas hajat besarnya. Aku hanya mampu tersenyum.
Aku berjalan sambil melihat rangka-rangka gambar yang ada dijual berdekatan dengan surau itu sementara menunggu Haikal dan Mubin selesai solat. Tiba-tiba, seseorang menyapaku dari tempat yang tidak begitu jauh.
Nisa: Nas.
Nas: (aku berpaling) Nisa.
Nas (monolog): Alangkah indah jika waktu dapat dihentikan, agar aku dapat bersama dengannya dengan lebih lama.
Bersambung...
2 comments:
x sabar nak follow...hehehe... (as)
anonymous? sape ni ek? hahahahahh~ thnx follow.. huhu...
Post a Comment