Aku kembali ke bilik setelah selesai menghisap sebatang rokok di luar. Aku tidak akan merokok di depan orang lain kerana sikap itu jelas menunjukkan ketidak prihatinan kita terhadap mereka. Tambahan pula rakan sebilikku, Idlan menghidap penyakit asthma. Jadi, aku pun tidak mahulah menjadi penyebab dia tidak boleh tidur malam nanti akibat sesak nafas.
Idlan: Dari mana?
Nas: Merokok dekat luar tadi.
Idlan: Oh, tadi phone kau berbunyi. Banyak kali juga la.
Aku segera mencapai telefon bimbitku yang berada di atas katil itu. Nisa, dia telah membuat beberapa panggilan. Aku harus menelefonnya semula.
Nas: Hello, assalamualaikum.
Nisa: Waalaikumussalam. Kenapa tak jawab phone tadi? Keluar makan ke?
Nas: Eh, tak ada la. Merokok dekat luar tadi. Phone aku tinggal kat bilik.
Nisa: Kau merokok?
Nas: Haah, kenapa?
Nisa: Tak ada apa la cuma tak pernah tahu pun sebelum ni. Jangan la merokok selalu sangat. Tak baik untuk kesihatan. Kalau boleh berhenti, berhenti sikit-sikit. Kalau kata hari ni hisap empat batang esok try hisap tiga batang je. Okay?
Nas: (Aku ketawa kecil) Kau ni macam mak aku la. Dia pun ada suruh aku berhenti merokok. hah, nanti aku cuba. Tapi kalau kau kan, kau suka tak lelaki yang merokok?
Nisa: Aku kawan dengan sesiapa pun aku tak kisah. Asalkan dia tak merokok depan aku. (Aku ketawa lagi.) Hah, ketawa la lagi. Macam-macam penyakit yang melibatkan rokok ni. Jangan la cari penyakit.
Nas: Okay-okay. Ala, jangan la emosional sangat. Okay, nanti aku cuba la berhenti. Jangan risau la. Oh, ya tak ya, kenapa call tadi?
Nisa: Tak ada apa-apa, sahaja.
Nas: Eleh, tak akan sahaja je kot. Cakap je la. Mana tahu aku boleh tolong.
Nisa: Sebenarnya aku dah dapat tawaran masuk universiti. Aku dapat pra-diploma sains. Okay ke?
Nas: Oh, macam tu pula. Tempat sekarang macam mana. Dah bayar kan?
Nisa: Itu la, tapi mak aku suruh masuk je. Sebab kursus sains memang baik pun. Tapi kakak aku kurang setuju aku masuk situ. Lagipun aku takut aku tak boleh bawa kursus tu.
Nas: Entah la Nisa. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Benda ni better discuss dengan family sebab yang urus belanja semua nanti mereka juga kan. Macam ni la, apa yang aku boleh cakap kursus lain pun tak semestinya tidak memberi kejayaan kepada seseorang tu. Tapi, kalau mak kau dah suka kau nak ikut pun tak apa. Yang penting kau tahu sama ada kau boleh bawa atau tak kursus tu. Dapat tawaran dekat mana?
Nisa: Dekat dengan matrikulasi kau. UiTM Kuala Pilah.
Nas: Oh, serius? Dekat sangat la tu. Kalau kau masuk UiTM senang juga la jumpa kau nanti. Tapi apa-apa pun kena bincang dengan family dulu.Mungkin mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk kau.
Aku hanya mampu tersenyum memikirkan bahawa dia akan menjadi semakin dekat denganku. Apakah ini satu peluang buatku juga? Namun, keputusan masih belum dibuat. Hanya masa yang akan menetapkan keputusannya nanti. Adakah dia akan menurut kata ibunya ataupun mengikut kehendak kakaknya itu? Kuat di sudut jiwaku mengharapkan dia menurut kata ibunya agar dia semakin dekat kepadaku. Entah la...
Bersambung...
No comments:
Post a Comment