*Ni entri non-formal ye.. heheh..
Untuk entri kali ni, aku nak syor kat korang beberapa lagu nasyid yang mencipta kelainan dari segi muzik dan lagunya. Nasyid sering dikaitkan dengan pukulan kompang dan nada-nada kearaban ( irama timur tengah ) yang seakan-akan berzanji dan berqasidah. Namun, lagu-lagu nasyid yang akan aku syorkan untuk entri kali ni lebih kepada muzik pop dan balada yang selalunya menjadi haluan telinga anak-anak muda pada zaman globalisasi ini. Namun, mesej yang disampaikan tetap sama seperti apa yang ingin disampaikan menerusi lagu-lagu nasyid kebiasaannya.
( Kalau nak dengar boleh pause music box kat bawah tu.. )
lagu 1: Muhasabah Cinta- Edcoustic
Ulasan: Lagu ini menggambarkan keinsafan dan
sedarnya seseorang itu tatkala ditarik daripadanya
nikmat kesihatan yang akhirnya membuatkannya
kembali mencari cinta abadi Tuhannya~
lagu 2 : Ikhlas- Ustaz Shohib (ost Ikhlas)
Ulasan: Keikhlasan seseorang menjalani kehidupan
yang telah ditetapkan Maha Pencipta buatnya digambarkan
dalam lagu ini. Dia pasrah akan segala kekurangan dalam
hidupnya dan yakin bahawa dia tidak pernah bersendirian
kerana Tuhan ada di sampingnya.
Lagu 3 : Istikharah Cinta- Sigma
Ulasan: Lagu ni sangat menarik dengan lirik yang penuh dengan makna-makna mendalam. Keseluruhannya, lagu ini mengajar muslimin dan muslimat agar beristikharah (memohon petunjuk) daripada Allah S.W.T. Bersaksi cinta di atas cinta.. Baris pertama lagu ni, mendalam bukan? Pernah mendengar daripada sahabat, jika ingin meminta petunjuk cinta, maka berdoalah, jika benar dia adalah jodohku, maka dekatkanlah hati-hati kami.. Islam itu indah bukan? Itu baru petunjuk cinta, belum lagi petunjuk lainnya yang boleh dipinta.
Lagu 4 : PadaMu Kubersujud- Afgan
Ulasan: Lagu nyanyian Afgan ni adalah antara lagu yang sering didengar kerana selain suara penyanyinya yang sedap, melodi lagunya sangat mendayu penuh pengharapan. Lagu ini berkisar tentang komunikasi seseorang hamba ( permintaan dan memohon kemaafan ) dengan Tuhannya menerusi doa. Antara permintaannya dalam lagu ini adalah semoga dijauhi fitnah dan menjadikannya insan yang sentiasa kembali (bertaubat) pulang ke jalan-Nya walaupun dia sering terlupa akan Tuhannya itu.
Lagu 5 : Tiada Duka Yang Abadi- Opick
Ulasan: Lagu ni menyeru kita jangan berputus asa kerana pastinya
akan ada kebaikan di penghujung masalah yang kita jalani..
Senang cerita, setiap yang berlaku tu, ada hikmahnya la.. heheh..Pada mulanya, lagu-lagu nasyid berunsur pop ini kebanyakan datangnya dari negara jiran Indonesia. Namun, di Malaysia juga, irama nasyid seperti ini telah mula ada tempatnya di hati pendengar. Sejak itu, wujudlah lagu-lagu nasyid pop Malaysia seperti...
Lagu 1: Aku Tanpa CintaMu- Mirwana feat. JayJay
Ulasan: Bertaubat dan melakukan dosa sekali lagi. Apakah Allah tetap ingin
menerimanya? Itulah yang ditekankan dalam lagu Mirwana kolaborasi bersama penyanyi 70-an, JayJay. Melodi yang enak didengar penuh penyesalan.
Lagu 2 : Andaiku Di SisiMu- Hafiz Hamidun
Ulasan: Mesej yang dibawakan lagu ni pun sama seperti
lagu "Aku Tanpa CintaMu" tadi.. haha..
(sebenarnya dah malas nak mengulas.. heheh~)Dan banyak lagi lagu-lagu hafiz hamidun berkonsepkan seperti ini. Sebenarnya, ada lebih banyak lagu lagi yang berkonsepkan seperti ini tapi yang disyorkan di atas adalah antara yang sedap didengar la. Bukan prejudis terhadap negara sendiri tapi aku lebih suka lagu seperti ini yang datangnya dari Indonesia kerana "tone" suara mereka lebih sedap didengar untuk lagu-lagu seperti ini. Kalau korang dengar klip-klip yang disyorkan ini, korang pasti setuju dengan kata-kata aku tu. Btw, Maher Zain punya lagu pun berkonsepkan seperti ini bukan? Hahah~
Akhir kata, jangan lupa mengikuti cerita bersiri KISAH yang terdapat di blog ini.. Senyum sokmo~
No comments:
Post a Comment