I made this widget at MyFlashFetish.com.

Welcome To My Blog!!

This blog has been made since last year (2010). Initially, I was not sure what should I share in my blog?? So, I started my writing things with any thought about something that I really interest to talk about such as movies, people attitudes and so on.. After a long time, I started to be bored in updating my blog because I actually didn't know what more should I share in my blog?? So now, I got an idea how to continue my writing things.. I prefer to write a series story which is actually based on the true stories.. Hehe.. But, with a big changes here and there compared to the real stories to make it more fresh and attractive.. Initially, I want to write a novel but I just don't know what is the true format to do so.. so, I change my intention and just write the series story..

Don't forget to keep reading my series story until the story reaches to the end.. Thnx 4 Visiting.. Have a nice life~


P/s: But I think they are really came from my heart.. :)

Saturday, June 4, 2011

KEM LITTLE EINSTEIN: Memberi dan memperoleh semangat baru!!

Bismillahirrahmanirrahim...

Entri kali ini lebih informal dan santai.. teman dah x larat sebenarnya nak berbahasa basi ni.. sebab tu entri ni ditulis.. (^_^)v

Ketika teman menulis entri ni, genaplah seminggu selepas berakhirnya sebuah kem yang dianjurkan sebuah sekolah bersama kelab di bawah naungan teman sendiri setakat ini, Kelab Fizik UPM. Kem Little Einstein... itulah namanya.. Kem ini disertai oleh 40 orang pelajar yang bakal menduduki SPM tahun ini..

Kata guru depa (En. Fahmi) kat teman, dia nak suntik semangat baru dalam diri semua pelajar yg terlibat.. semangat untuk memupuk minat dan seterusnya mempelajari subjek Fizik dengan penuh kesungguhan.. Tugas teman? Di sinilah bermulanya cerita..



Ni la dia En. Fahmi, guru pengiring dari SMKTSJ 2 tu..

Lebih kurang dua bulan lebih sebelum itu, teman diminta untuk bertemu dengan guru dari SMK Taman Selesa Jaya 2 yang teman khabarkan sebentar tadi.. sebabnya?? untuk memberitahu teman mengenai kem tersebutlah..  bertemankan setiausaha teman, Yana a.k.a Lilly Liyana (nama FB dia), mendengar cadangan En. Fahmi tadi benar2 membuatkan teman excited sebab teman memang pernah bercita-cita nak menjadi seorang pendidik.. kalau temanlah fasilitatornya, teman juga boleh jadi pendidik depa semua...

Namun, harapan teman hancur.. teman sendiri terpaksa melepaskan tanggungjawab itu kepada Yana seorang diri atas sebab yang teman sendiri tak dapat nak elak.. tak perlu rasanya teman cerita lebih masalah peribadi.. Namun, beberapa hari sebelum kem bermula, teman ada rasa macam nak datang "menyibuk" atau lebih proper menjenguk dan memantau kem tersebut.. Apa yang mengejutkan teman pulak, teman sendiri kena ganti seorang kawan teman ni jadi fesi sebab dia pun ada hal yg tak dapat nak dielakkan jugak.. BIDAN TERJUN lah kiranya teman ni.. tapi, teman tak kisah.. sebab nama teman pun Aiman.. Aiman x kesah punye! So, jadilah teman fesi utk kem tu.. bermulalah tugas teman..

                                     
Hah, ni la kad fasilitator teman.. Students punye lebih kurang
camni gak cuma students punye colour pink la.. PINK???
euuuwwww.. bak kata Anwar Hadi la.. Teman ok je.. heheh..

Inilah barisan fasilitator utk Kem Little Einstein ni.. senyum je semua kan?? Maklum la, baru je lepas habis majlis penutup ni.. hahah.. yang x ready ambil gambo kat belakang tu pun sempat senyum.. berbaju merah, itulah ketua fesi kami.. teman masa ni tak larat nak senyum sebab suara teman ni mcm nak ada tak nak ada je.. hah, yang paling hujung belah kiri dan “cute” tu teman la.. euuuuwww.. Ramai betul Anwar Hadi.. heheh~


Malas la teman nak cakap pasal tentatif atau segala-mala yang berlaku masa kem tu sebab kawan2 fesi teman yg ade blog mesti cakap benda yg sama.. hahah.. Apa yang teman nk tekankan untuk entri kali ini ialah tentang apa yg diperkatakan oleh En. Fahmi mengenai semangat yg ingin dipupuk dalam jiwa setiap pelajar2 tu.. Masalahnya, beberapa bulan sebelum tu, semangat teman sendiri telah pun jatuh.. Macam mana teman nak beri semangat kalau teman sendiri tak ada benda tu? Bila teman fikirkan balik, apa kena-mengenanya semangat teman dengan semangat budak-budak tu? Tak ada rasanya.. hahah.. Apa yg harus teman buat hanyalah menunjukkan kesungguhan teman menjadi fesi bagi menyuntik semula kesungguhan itu dalam diri depa suma…

Berkat kesungguhan teman dan rakan2 yg lain, teman rasa kami suma dah berjaya menyuntik semangat tu dalam diri depa suma.. wallahualam.. Namun, teman rasa segala usaha teman telah mendapat ganjarannya.. Seakan sama dengan satu konsep fizik, Newton’s Third Law Of Motion, every action has reaction… Formula??

F1  =   - F2  

   Action       Reaction

Kalau tak tahu tanyalah sesiapa saje yg tahu ye.. heheh.. (^_^)v

Berbalik kepada ganjaran yg teman perolehi, semangat dan minat teman utk mempelajari Fizik sendiri semakin menebal..  InsyaAllah, semester depan teman akan cuba yg terbaik utk memperbaiki result teman.. Hakikatnya, bukan depa (adik-adik) je yg belajar sesuatu daripada kem ni, teman dan rakan2 fesi yg lain pun sama.. Sebelum kem ni, kami abang2 ngn kakak2 fesi suma 2x5 je..  suma bermula daripada kosong dalam otak ni.. bezanya, kami suma membuat persediaan utk menghadapi kem ni.. Begitu juga adik2, angpa suma kenalah wat PREPARATION sebelum menduduki peperiksaan SPM kelak.. hihi~

Kesimpulannya, seperti tajuk entri kali ini.. Semangat baru yg teman berikan, semangat baru juga yg teman perolehi.. Semoga adik-adik dari SMK Taman Selesa Jaya tidak terlalu “Selesa” dan mempraktikkan segala apa yg telah dipelajari mahupun dinasihati walaupun sedikit yg kami beri.. Dengan ini, teman akhiri entri kali ini dengan titipan gambar2 kenangan bersama suma warga Kem Little Einstein.. Kenangan bersama kalian tak akan teman lupa sampai kapan pun (Indonesia sikit).. senyum sokmo.. (^_^)v


Ni gambar semua peserta mengikut kumpulan:-

Kump 1: Proton Wave 


Kump 2: Mercedez Momentum (Hah, ni group teman..)

 Kump 3: Charles Suzuki (Fesi pun ade situ, jgn keliru.. haha..)

Kump 4: Honda Power!!!
Kump 5: Satria Resistant..
Kump 6: Newton Lambogini (Kereta nak mahal.. haha..)
Kump 7: Exora Speed is our MOTION!!

*Ada lagi satu group tp teman xde gmbr dorg..
sape2 yg terbaca entri ni dan ada gmbr kump 8, Supernova
boleh la tag teman kat FB.. nanti taman edit balik post ni.. hehe..

Hah, ni pula sedikit gambar aktiviti kami..
sikit je la teman beri, banyak sangat gambar yg ada..
Ni gambar guru penasihat Kelab Fizik dan pelajar2 tu.. Credit to
Dr. Kamirul Amin atas segala nasihat dan kerjasama yg diberikan.. :D
Ni gambar teman dgn faci’s partner teman.. sikkin..
senang keje ngn dia x byk karenah.. haha..
Hah, ni gambar kertas2 checkpoint time explorace..
tapi satu kertas checkpoint dah tak ada.. suppose 8 checkpoint la..
dah hilang satu jadilah 7 perhentian.. hahah..
Ligat member teman, Hafiy bg pendapat camne nak buat parachute..
tapi yg menang tetap grup teman jugak.. jgn mara bro.. hahah..

 

hah, ni lakaran teman mengenai konsep parachute tu..
buat pakai powerpoint je.. haha





  One of the checkpoints, mencari centre of mass~

Cheers kami, TSJ 2!!! Haha~

 Bersiap sedia nak dengar ceramah daripada Prof. Wan Mahmood..

 Gambar2 ni daripada pelbagai sumber..
jadi kalau ada yg MAGIKA sikit lepas edit tu
kira halal je la ye.. hihi..
Berani mati checkpoint Mek dan Zai buat group teman lagu ni.. haha
Selepas majlis penutup.. apa lagi, bergambar la.. haha~
Lagi satu yg teman kagum, mereka ni boleh
bersatu “Satu Malaysia” dengan penuh harmoni.. haha..








Kami pun kenalah buat rehearsal sebelum buat apa-apa.. haha~
Ular itu Naga itu Naga atau Ular????
 
Time explorace lagi..


Selepas ke Alamanda, kami bergerak ke Taman Botani..



Berpisah di Taman Botani..  
(Gambar sekadar hiasan utk lebih dramatik.. 
sebenarnya ni gambar baru habis shopping kat Alamanda.. (^_^)v )


Itu saja dari teman.. teman nak betul2 habiskan entri teman dengan serangkap pantun yg famous.. heheh~


Kalau ada sumur di ladang,
Bolehlah teman menumpang mandi,
Kalau ada umur yg panjang,
InsyaAllah kita bertemu lagi. (^_^)v



Wednesday, May 25, 2011

Kisah (bhgn 14) : Semakin Dekat? ~

Bismillahirrahmanirrahim...

Aku kembali ke bilik setelah selesai menghisap sebatang rokok di luar. Aku tidak akan merokok di depan orang lain kerana sikap itu jelas menunjukkan ketidak prihatinan kita terhadap mereka. Tambahan pula rakan sebilikku, Idlan menghidap penyakit asthma. Jadi, aku pun tidak mahulah menjadi penyebab dia tidak boleh tidur malam nanti akibat sesak nafas.

Idlan: Dari mana?

Nas: Merokok dekat luar tadi.

Idlan: Oh, tadi phone kau berbunyi. Banyak kali juga la.

Aku segera mencapai telefon bimbitku yang berada di atas katil itu. Nisa, dia telah membuat beberapa panggilan. Aku harus menelefonnya semula.

Nas: Hello, assalamualaikum.

Nisa: Waalaikumussalam. Kenapa tak jawab phone tadi? Keluar makan ke?

Nas: Eh, tak ada la. Merokok dekat luar tadi. Phone aku tinggal kat bilik.

Nisa: Kau merokok?

Nas: Haah, kenapa?

Nisa: Tak ada apa la cuma tak pernah tahu pun sebelum ni. Jangan la merokok selalu sangat. Tak baik untuk kesihatan. Kalau boleh berhenti, berhenti sikit-sikit. Kalau kata hari ni hisap empat batang esok try hisap tiga batang je. Okay?

Nas: (Aku ketawa kecil) Kau ni macam mak aku la. Dia pun ada suruh aku berhenti merokok. hah, nanti aku cuba. Tapi kalau kau kan, kau suka tak lelaki yang merokok?

Nisa: Aku kawan dengan sesiapa pun aku tak kisah. Asalkan dia tak merokok depan aku. (Aku ketawa lagi.) Hah, ketawa la lagi. Macam-macam penyakit yang melibatkan rokok ni. Jangan la cari penyakit.

Nas: Okay-okay. Ala, jangan la emosional sangat. Okay, nanti aku cuba la berhenti. Jangan risau la. Oh, ya tak ya, kenapa call tadi?

Nisa: Tak ada apa-apa, sahaja.

Nas: Eleh, tak akan sahaja je kot. Cakap je la. Mana tahu aku boleh tolong.

Nisa: Sebenarnya aku dah dapat tawaran masuk universiti. Aku dapat pra-diploma sains. Okay ke?

Nas: Oh, macam tu pula. Tempat sekarang macam mana. Dah bayar kan?

Nisa: Itu la, tapi mak aku suruh masuk je. Sebab kursus sains memang baik pun. Tapi kakak aku kurang setuju aku masuk situ. Lagipun aku takut aku tak boleh bawa kursus tu.

Nas: Entah la Nisa. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Benda ni better discuss dengan family sebab yang urus belanja semua nanti mereka juga kan. Macam ni la, apa yang aku boleh cakap kursus lain pun tak semestinya tidak memberi kejayaan kepada seseorang tu. Tapi, kalau mak kau dah suka kau nak ikut pun tak apa. Yang penting kau tahu sama ada kau boleh bawa atau tak kursus tu. Dapat tawaran dekat mana?

Nisa: Dekat dengan matrikulasi kau. UiTM Kuala Pilah.

Nas: Oh, serius? Dekat sangat la tu. Kalau kau masuk UiTM senang juga la jumpa kau nanti. Tapi apa-apa pun kena bincang dengan family dulu.Mungkin mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk kau.

Aku hanya mampu tersenyum memikirkan bahawa dia akan menjadi semakin dekat denganku. Apakah ini satu peluang buatku juga? Namun, keputusan masih belum dibuat. Hanya masa yang akan menetapkan keputusannya nanti. Adakah dia akan menurut kata ibunya ataupun mengikut kehendak kakaknya itu? Kuat di sudut jiwaku mengharapkan dia menurut kata ibunya agar dia semakin dekat kepadaku. Entah la...

                                                                                                                                              Bersambung...



Friday, May 20, 2011

Kisah (bhgn 13) : Menghilang~

Bismillahirrahmanirrahim...

Mubin
Sudah lama aku tidak ke perpustakaan untuk belajar bersama Izzah dan Ika. Aku mula berasa tidak selesa untuk bersemuka dengan mereka. Aku masih ingat lagi apa yang terjadi semasa kali terakhir aku pergi ke perpustakaan malam itu untuk belajar bersama. Bukan senang untuk melupakannya. Namun, aku harus berhadapan dengan Izzah pada hari ini. Kami akan berjumpa di dalam kelas LDK bersama mentor kami, En. Hisyam nanti. Aku tak tahu apa alasan yang harus aku berikan kepada Izzah atas sikapku yang tiba-tiba menghilang sejak malam itu. Aku juga langsung tidak memberitahu apa-apa pun kepada mereka.

Di dalam kelas LDK...

Mubin: Assalamualaikum En. Hisyam. Maaf lambat.

En. Hisyam: Tak apa, kamu boleh duduk. Baiklah, seperti yang kamu semua boleh lihat di depan masing-masing saya dah letak tanah liat untuk kamu main hari ni tetapi bukan untuk suka-suka hati main je, kamu harus melakukan sesuatu ke atas tanah liat itu tak kisah la nak bentuk ke, nak cerita pengalaman manis kamu main tanah liat ke, pengalaman buruk ke ataupun nak gambarkan siapa diri kamu yang sebenar? Terpulang asalkan kamu gunakan sebaik mungkin tanah liat yang ada di depan mata kamu tu. Saya beri masa 5 minit. Tak perlu lama kan?

5 minit kemudian...

En. Hisyam: Baiklah, siapa yang nak mulakan dulu ye? Izzah, kamu mula dulu.

Izzah: Saya cikgu? (En. Hisyam hanya mengangguk-anggukan kepala.) Okay, seperti yang anda semua dapat lihat saya buat bentuk berus lukisan. Ini memang menggambarkan saya sebab saya memang minat melukis dan mewarna. Tapi saya agak sedih la sebab makin kita dewasa, kita semakin sibuk untuk melakukan sesuatu yang kita minat. Macam sekarang ni, saya sendiri dah lama tak melukis dan saya rasa kalau saya disuruh untuk melukis sekalipun saya dah tak berbakat lagi. (Izzah tertawa kecil.) Macam berus ni juga, anda boleh lihat berus ni ada tempat pemegang yang keras namun di penghujungnya terdapat berus-berus yang lembut. Macam tu juga saya, walaupun nampak saya ni agak keras bukan jenis yang lemah lembut tapi saya juga sebenarnya seorang yang sensitif dan agak mudah tersentuh. Itulah diri saya yang sebenarnya. Terima kasih. (Semua pelajar memberi tepukan kepadanya.)

En. Hisyam: Baiklah, terima kasih Izzah. Ucapan yang baik sekali. Sekarang ni awak boleh pilih siapa-siapa pun untuk teruskan dan begitu juga berikutnya. Saya tak perlu suruh lagi.

Izzah: Mubin la.

En. Hisyam: Baiklah Mubin, kamu boleh teruskan.

Mubin: Kadang-kadang cinta itu ibarat tanah liat. Tanah liat yang ada di depan kita semua ni sama sahaja. Sangat mudah untuk dibentuk, berubah bentuk, dan juga diceraikan. Namun, tanah liat jugalah yang kita gunakan untuk menghasilkan pasu yang keras. Kitalah yang seharusnya mencari bahan rahsia itu.

En.Hisyam: Kejap, maksud kamu?

Mubin: Maksud saya, budak-budak zaman sekarang ni kebanyakannya terlalu mudah untuk jatuh cinta. Kemudian menjadi pasangan kekasih. Rupa-rupanya, masih belum kenal lagi hati budi masing-masing dan lepas tu clash. Saya seorang yang tidak terburu-buru dalam mengambil sesuatu tindakan bukan sahaja dalam percintaan malahan apa-apa tindakan sekali pun. Saya seorang yang peramah dan sangat mudah bergaul dengan kawan-kawan. Saya juga seorang yang sensitif. (Mubin memandang ke arah Izzah.) Itulah saya. Terima kasih. (Pelajar yang lain memberikan tepukan kepadanya.)

En. Hisyam: Terima kasih Mubin. Ucapan yang bernas sekali. Betul sekali apa yang Mubin katakan tu. Saya melihat terlalu ramai anak muda hari ni yang mempunyai pasangan masing-masing. Kadang-kadang, tindak-tanduk mereka dah macam pasangan suami-isteri pun ada. Bersabarlah, kalau dah ditentukan jodoh tu tak akan ke mana. Ya tak? Baiklah, Mubin, siapa seterusnya?

Selepas kelas tamat...

Izzah: Mubin, nanti. (Mubin menghentikan langkahnya.) kau nak pergi mana ni? Rushing semacam je.

Mubin: Aku ada kelas kuliah sekarang ni.

Izzah: Kuliah masuk lambat sikit tak apa kan? Aku nak tanya kau sesuatu. Kenapa tiba-tiba je kau menghilang? Dah tak nak belajar dekat library?

Mubin: Oh, kelas praktikum aku ada buat study group. Tak sedap la kalau aku tak join sekali. Kan? Lagipun aliran kita lain-lain. Aku fizikal, kau hayat, Ika pula akaun. Aku takut ketinggalan nanti. Lagipun lebih senang kalau study dengan member satu aliran.

Izzah: Ya la, tapi kalau ya pun, tak boleh inform dekat kita orang ke? Mesej ke? (Mubin terus tersenyum mendengar kata-kata Izzah.) Kenapa?

Mubin: Mana la aku ada nombor kau. Kau pun sama.

Izzah: Ya tak ya juga kan. Macam mana boleh tak minta nombor dari kau ni? (Izzah mengeluh lantas tertawa ringan.) Nah, ambil nombor aku ni. Bila-bila kalau nak study sama boleh mesej je.

Mubin: Okay la, aku nak kena masuk kelas ni. Dah lambat.

Izzah: Bye. (Mubin hanya tersenyum dan berlalu pergi.)

                                                                                                                                        Bersambung...



Wednesday, April 27, 2011

Kisah (bhgn 12) : Soalan Cepu Emas~

Bismillahirrahmanirrahim...

Kolej Matrikulasi Perlis
Mei 2008

Meraka berdua terlewat bangun pagi itu. Ali juga tidak sedar alarm telefon bimbitnya berbunyi. Mubin pergi ke katil Ali untuk mengejutkannya.

Mubin: Ali, bangun! Kita dah lewat ni. Kelas dah nak mula ni.

Ali: Hmm, kau pergi la mandi dulu. Nanti kau kejut aku. (Ali berada dalam keadaan separa sedar.)

Mubin: Banyak la kau. Bangun je la. Nanti aku habis mandi nak tunggu kau pulak? Kita dah lambat ni.

Ali mendirikan badannya dan duduk di atas katil. Dia menguap lagi.

Mubin: Dah, bangun terus. Kalau aku pergi mandi ni confirm kau tidur balik nanti. Cepat! Bangun, Bangun!

Ali: (mengeluh) Aku ni bawa mak aku sekali kat sini ke? Okay, okay.

Tengahari itu, selepas makan tengahari, mereka pergi ke perpustakaan sementara menunggu kelas yang berikutnya. Tiba-tiba, ada seseorang menegurnya dari depan.

Izzah: Hah, Mubin. Kenapa tak pergi LDK tadi. Bangun lewat ya? (Dia menunjuk-nunjuk jari telunjuknya ke atas sambil tersenyum. Aku hanya membalas senyumannya itu.)

Mubin: Buat apa time LDK tadi? (Mubin tersedar akan seorang perempuan yang berdiri di sisi Izzah ketika itu.)

Izzah: Ala, macam-macam la. Tak akan nak cerita semua pula kan? Oh ya, ni roommate aku, Zulaikha. Budak akaun.

Zulaikha: Assalamualaikum. Panggil saya ika je.

Mereka berdua segera menyambut salamnya itu. Hati Mubin mula tertawan oleh wajah Zulaikha yang sangat cantik dan berseri itu. Namun, apakah wajahnya itu seindah peribadinya juga? Walaupun dia sudah melangkah ke alam kuliah, namun itu juga berkemungkinan besar hanyalah cinta monyet baginya. Mubin, sememangnya seorang lelaki yang mudah untuk jatuh cinta namun untuk memiliki cinta itu adalah sesuatu yang tidak dilakukannya secara terburu-buru. Dia harus mengenali hati budi wanita itu dulu.

Izzah: Boleh kita orang duduk kat sini?

Mubin: Oh, duduk la.

Izzah dan Zulaikha pun duduklah semeja dengan mereka berdua. Sedang belajar di situ, fikiran Mubin sangat terganggu. Dia acap kali melihat wajah Zulaikha yang sedang asyik melihat buku di hadapannya itu sehinggakan dia tidak sedar akan perlakuan Mubin itu. Sesungguhnya dia telah memendam perasaan terhadap Zulaikha. Namun baginya, kisah mereka baru bermula. Dia harus cuba untuk mengenali Zulaikha atau lebih mesra dipanggil Ika itu sebetul-betulnya. Dia tidak mahu dikecewakan jika sikap wanita yang ada di hatinya itu jauh bezanya dari apa yang dia bayangkan.

Sejak itu, mereka berempat sering belajar di perpustakaan pada waktu malamnya . Namun, Zulaikha biasanya belajar seorang diri walaupun kami duduk semeja kerana aliran yang diambil tidak sama dengan kami. Dia tetap mengikuti Izzah ke perpustakaan dan hanya membuat kerjanya sendirian.

Pada suatu malam...

Ali: Mubin, aku tak pergi library malam ini tau. Aku ada benda sikit nak kena hafal. Tak boleh masuk la kalau nak menghafal dekat library tu. Kau pergi seorang je la.

Mubin: Hmm, okay.

Mubin pun menuju ke perpustakaan seorang diri. Setelah sampai di perpustakaan, dia melihat Izzah dan Zulaikha sudah ada di situ. Dia mendekati meja yang mereka duduki.

Mubin: Lama sampai? (Dia menarik kerusi lalu duduk di situ.)

Izzah: Tak ada la, baru je. Hmm, Mubin, tengok ni sekejap. Boleh tolong explain tak benda ni?

Mubin: Spectrometer. Oh, ni senang je nak explain. Dia pakai dua konsep dekat sini. Satu electric field dan satu lagi magnetic field. Masa kat bahagian ni, kedua-dua konsep terlibat. Sample yang lalu tu kena accelerate dulu so that sample tu bergerak secara lurus la. Tak tertarik ke caj positif mahupun negatif. So, electric field should be equal to magnetic field. Masa dekat bahagian ni pula...

Belum sempat Mubin menghabiskan kata-kata, Izzah bertanyakan kepadanya sesuatu yang agak membingungkan ketika itu. Dia tidak menyangka kata-kata itu akan keluar dari mulut Izzah.

Izzah: Mubin, antara aku dengan Ika, mana kau lagi suka?

Mubin: Kenapa pulak tanya soalan-soalan macam tu? Dah lari topik ni? (Mubin tetap juga tersenyum.)

Zulaikha: Engkau la tu, Izzah. (Mubin terkejut akan kata-kata yang keluar dari mulut Ika. Dia jarang mendengar Ika berkata-kata.)

Mubin: Tak adalah. Aku suka kau orang berdua ni sama je. Macam kawan rapat. Tu je. (Mubin tetap menyangkal yang hatinya telah pun dicuri wanita yang berada dekat dengannya itu.)

Izzah: Oh...

Tiba-tiba, suasana diam seketika. Jiwa Mubin benar-benar kacau dan terganggu akan kata-kata mereka itu tadi.

Izzah: Lepas tu?

Mubin: Hah?

Izzah: Dekat bahagian ni apa pula yang terjadi? (sambil menunjuk gambarajah spectrometer di dalam buku rujukannya.)

Mubin: Oh, dekat sini? Time ni, sample tu kena diasingkan mengikut elemen-elemen tertentu dan setiap elemen tu ada mass yang berbeza-beza. So, disebabkan perbezaan mass tu, sample tu akan terasing dan spread pada detector ni.

Tiba-tiba, Mubin tidak tahu apa yang harus dikatakannya lagi. Dia juga tidak pasti apa yang dicakapkan itu benar atau tidak. Dia sepatutnya menerangkan lagi apa yang akan berlaku di bahagian kedua spectrometer itu tetapi dia telah hilang arah untuk menerangkan segala-galanya. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk beredar.

Mubin: Wei, aku balik dulu ya. Aku terlupa sesuatu nak kena buat. (Dia mengemas barang-barangnya lantas beredar dari situ.)

Mubin (monolog dalaman) : Ujian apakah ini? Sesungguhnya aku tidak faham akan sikap mereka. Mengapa mereka menimbulkan persoalan seperti itu? Bingung aku dibuatnya. Aku harus melupakan segalanya yang telah berlaku pada malam ini. Namun, sukar untuk aku melupakan semua itu lebih-lebih lagi kata-kata yang keluar dari mulutnya, "Engkau la tu, Izzah,". Aku merasakan sesuatu tatkala mendengar katanya itu. Adakah dia juga merasakan apa yang aku rasakan? Aku masih belum kenal Ika sebetul-betulnya dan aku harus bersabar dalam memulakan sebarang tindakan. Biar masa yang akan menentukan segala-galanya. Penangan hebat dari satu soalan cepu emas...

                                                                                                                                              Bersambung...

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...