I made this widget at MyFlashFetish.com.

Welcome To My Blog!!

This blog has been made since last year (2010). Initially, I was not sure what should I share in my blog?? So, I started my writing things with any thought about something that I really interest to talk about such as movies, people attitudes and so on.. After a long time, I started to be bored in updating my blog because I actually didn't know what more should I share in my blog?? So now, I got an idea how to continue my writing things.. I prefer to write a series story which is actually based on the true stories.. Hehe.. But, with a big changes here and there compared to the real stories to make it more fresh and attractive.. Initially, I want to write a novel but I just don't know what is the true format to do so.. so, I change my intention and just write the series story..

Don't forget to keep reading my series story until the story reaches to the end.. Thnx 4 Visiting.. Have a nice life~


P/s: But I think they are really came from my heart.. :)

Monday, March 28, 2011

Kisah (bhgn 3)- Murni

Bismillahirrahmanirrahim~

Julai 2009

Hari ini adalah hari pertama aku menjalani kuliah setelah seminggu lamanya menjalani minggu orientasi universiti. Banyak yang aku perolehi ketika menjalani minggu orientasi. Aku lebih kenal akan tempat aku belajar sekarang, memahami sistem pembelajaran di sini dan memperoleh kawan baru.

Pagi itu, selepas siap-siap, aku pergi ke perhentian bas berdekatan dengan kolejku. Mubin juga ada bersama kerana kami ingin menuju ke tempat yang sama. Ketika di dalam bas, aku tidak banyak bercakap. Aku hanya diam sambil mendengar mp3 dari telefon bimbitku.

Semasa ingin keluar dari bas, aku baru teringat yang aku telah tertinggal fail penting di celah kerusi bas. Aku memegang bahu orang di belakangku dengan kalut kerana aku ingin berpatah balik ke tempat dudukku tadi. Aku sangkakan Mubin yang berada di belakangku namun sangkaanku telah silap. Dengan wajah bersalah, aku terpaksa dengar herdikan seorang pelajar wanita yang telah aku pegang bahunya tadi.

Murni: Eh, apa ni? Kat tangga bas pun nak ambil kesempatan? (kawan-kawan wanita itu meredakannya, "Sudah la tu, Murni..". Aku kenal kawan-kawannya itu tetapi inilah kali pertama aku melihat perempuan yang bernama Murni itu.

Nas: Maafkan saya, saya ingat... (Aku terpandang Mubin yang sedang memegang fail aku yang tertinggal tadi. Mubin hanya mampu tersenyum. Aku menghiraukan wanita itu sejenak.)

Murni: Awak ingat apa? Dasar... (Murni tak terungkapkan apa-apa untuk menggambarkan sikapku itu.)

Nas: Dasar apa? Eh, apa nama awak tadi? Murni ya. Kenapa ya? Nama dah sedap sangat dah tapi sikap awak tak semurni nama awak.

Murni: Hey. jaga mulut awak.

Nas: Kenapa? Awak melenting tiba-tiba je tanpa usul periksa. Maaf sangatlah kalau awak marah saya sebab terpegang bahu awak tadi tapi honestly cakap saya ingat awak member saya. Saya tertinggal barang and nak ambil barang saya balik. Harap-harap awak boleh terimalah penjelasan saya walaupun awak dah herdik macam-macam kat saya.

Murni pergi sambil menarik muka. Aku pun menuju ke dewan kuliah.

Ketika di dalam kuliah, aku baru sedar bahawa Murni ada sama dalam dewan kuliah itu. Rupa-rupanya, kami sekursus. Aku bertanyakan kawan-kawan perempuan yang lain mengenai Murni kerana tidak pernah melihatnya sebelum ini. Mereka kata, Murni lambat mendaftar dan tidak dapat menjalani minggu orientasi bersama kerana terdapat hal peribadi yang tak dapat dielakkan. Patutlah...

Bila dia ternampak aku di dalam kuliah, dia masih menarik muka tanda tak puas hati. Aku harap dia akan faham.

                                                                                                                                             Bersambung...






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...