I made this widget at MyFlashFetish.com.

Welcome To My Blog!!

This blog has been made since last year (2010). Initially, I was not sure what should I share in my blog?? So, I started my writing things with any thought about something that I really interest to talk about such as movies, people attitudes and so on.. After a long time, I started to be bored in updating my blog because I actually didn't know what more should I share in my blog?? So now, I got an idea how to continue my writing things.. I prefer to write a series story which is actually based on the true stories.. Hehe.. But, with a big changes here and there compared to the real stories to make it more fresh and attractive.. Initially, I want to write a novel but I just don't know what is the true format to do so.. so, I change my intention and just write the series story..

Don't forget to keep reading my series story until the story reaches to the end.. Thnx 4 Visiting.. Have a nice life~


P/s: But I think they are really came from my heart.. :)

Thursday, March 31, 2011

Kisah (Bhgn 5) : Kenangan Pada Nisa~

Bismillahirrahmanirrahim...

Keesokan harinya di food court...

Nas: Abang, ada nampak tak handphone yang tertinggal kat atas meja tu semalam. Handphone Sony Ericsson.Color Silver. Ada tak?

Aku bertanyakan kepada semua pekerja yang mengelap meja dan pekerja-pekerja di warung berdekatan. Namun jawapan yang diberikan semuanya menghampakan. Tiada seorang pun yang menemukan telefon bimbit Sony Ericsson aku itu. Sesungguhnya aku sangat hampa dengan kelalaianku sendiri. Aku sedar apa yang harus aku lakukan seterusnya. Pergi ke Pusat Celcom untuk menyekat penggunaan nombor telefonku, memberitahu ayah untuk mendapatkan telefon bimbit yang baru dan cuba mendapatkan balik nombor kawan-kawan yang telah hilang. Huh, memang aku suka buat kerja-kerja ni semua. Sempat lagi aku menyindir diri sendiri.

Untuk mendapatkan nombor kawan-kawanku memang sukar tetapi mudah bagi mereka yang sering berhubung denganku. Bagi orang lain aku tidaklah begitu risau kerana mereka juga saling berhubung sesama sendiri terutamanya teman-teman sekolahku dan juga teman-teman di matrikulasi. Namun, apa yang dirisaukan adalah nombor Nisa. Sudah tentu aku sukar untuk mendapatkan nombornya semula. Kenalan kami tidak ramai dan sudah lama putus talian. Kami pulang ke kolej kerana kelas berikutnya bermula pada waktu petang.

Haikal: Macam mana, kau okay x?

Nas: Aku okay tapi aku dah mula rasa tak sedap hati. (Berbanding Mubin, aku lebih selesa meluahkan apa yang aku rasa kepada Haikal. Maklum sahajalah, kami sudah lama kenal dan semasa di matrikulasi, kami juga selalu berkongsi sekiranya kami memperoleh masalah.

Haikal: Kenapa bro? Ceritalah kalau ada apa-apa masalah.

Nas: Eh, tak ada apa-apa la! Aku okay. (Entah kenapa aku tidak mahu berkongsi masalahku dengan Haikal pada hari itu.)

Haikal: Tak apalah bro. Kalau kau bersedia nak cerita nanti kau cakap je. Aku sedia mendengar. (Aku hanya mengangguk-anggukkan kepala.)

Tiba-tiba, fikiranku melayang ke kenangan lalu. Kenangan selepas SPM, kenangan buat pertama kalinya aku menjadi pekerja sambilan. Aku meminta untuk bekerja di Parkson Grand Subang Parade yang terletak tidak jauh dari rumahku. Senang untuk ke tempat kerja dan jimat daripada kos minyak kereta ayahku. Aku tidak ingat sangat pengalaman-pengalaman lain ketika aku masih bekerja di situ kecuali satu pengalaman yang benar-benar tak akan dapat aku lupakan sampai bila-bila.

Penghujung Mac 2008

Pada hari itu, aku memang telah nekad untuk berhenti kerja kerana aku ingin berehat sebelum memasuki kolej matrikulasi selain ingin menyelesaikan pengambilan lesen kereta dengan jayanya. Setelah empat bulan bekerja sejak awal desember 2007, aku sudah letih melalui rutin yang sama setiap hari. Benarlah kata-kata mereka yang lebih berpengalaman, belajar jauh lebih menyeronokkan berbanding bekerja. Aku akui kata-kata itu setelah mengalaminya sendiri.



Pada hari terakhirku di Parkson Grand, ada "Members Day". Kalau kalian selalu membeli-belah di Parkson Grand sudah tentu kalian tahu mengenainya. Members Day, hari dimana semua pelanggan tetap Parkson Grand boleh membuat tukaran resit mereka kepada kupon jika pembelian pada hari itu melebihi Rm120. Tak mahu cerita lebih mengenai Members Day, aku teruskan pula ceritaku tentang Nisa.

Nisa, aku tidak pernah bertegur sapa dengannya sebelum ni walaupun kaunter tempat dia bertugas betul-betul dekat dengan kaunter juruwang yang pertama, tingkat 1, bahagian untuk perempuan. Namun, hari terakhir aku bekerja ketika aku tak ada pelanggan, Nisa datang menegurku. Tak ada pelanggan? Pelik kan kata-kataku tadi walaupun pada hari itu merupakan hari sibuk. Aku diletakkan di bahagian untuk perempuan. Oleh itu, ada yang segan untuk datang padaku kalau-kalau dia membeli pakaian-pakaian dalam bukan? Sebab itu aku bukanlah pilihan yang terbaik bagi mereka.

Nisa: Nas. (Sambil melihat namaku yang telah tertera.) Buat Bonuslink card ni free ke?

Bonuslink card adalah kad yang terdapat di Parkson Grand untuk pelanggan-pelanggannya mengumpul mata bagi mendapatkan ganjaran.

Nas: Oh, free je. Cuma kena isi borang and then bolehlah nikmati penggunaannya. Swept and get your point. (Aku tertawa ringan. Dia juga turut tertawa.)

Nisa: Oh, kalau macam tu, saya pun nak buat la. Boleh?

Nas: Of course la. Nah, isi borang ni. (Nisa mengisi borang tu dan memberikan kepadaku.)

Nas: Hah, tanda tangan kat sini. (Sambil memberikannya kad untuk ditandatangani.)

Nisa: Thanks. Jadi, kalau saya shopping kat sini boleh la terus bagi kad ni? (Aku mengangguk-anggukkan kepala)

Nas: Kalau pelanggan hari ni tak ada kad pun saya boleh swept kat awak. Nanti awak dapat point. Nak?

Nisa: Boleh macam tu? Kalau macam tu saya bagi kad saya kat awak la ya. (Aku hanya tersenyum. Apa yang dah aku cadangkan?)

Bagiku, semuanya tak ada salahnya pada masa itu. Aku tidak membuat salah, aku hanya menggunakan kad Nisa ketika pelanggan tak ada kad mereka sendiri. Bagiku ianya tak ada salahnya. Aku pun gunalah kad Nisa pada masa-masa tertentu.

30 minit kemudian...

Eksekutif: Nasri, ada siapa-siapa yang pakai masuk desktop awak?

                                                                                                                                            Bersambung...














No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...