I made this widget at MyFlashFetish.com.

Welcome To My Blog!!

This blog has been made since last year (2010). Initially, I was not sure what should I share in my blog?? So, I started my writing things with any thought about something that I really interest to talk about such as movies, people attitudes and so on.. After a long time, I started to be bored in updating my blog because I actually didn't know what more should I share in my blog?? So now, I got an idea how to continue my writing things.. I prefer to write a series story which is actually based on the true stories.. Hehe.. But, with a big changes here and there compared to the real stories to make it more fresh and attractive.. Initially, I want to write a novel but I just don't know what is the true format to do so.. so, I change my intention and just write the series story..

Don't forget to keep reading my series story until the story reaches to the end.. Thnx 4 Visiting.. Have a nice life~


P/s: But I think they are really came from my heart.. :)

Tuesday, March 29, 2011

Kisah (Bhgn 4) : Mesej Dari Dia~

Bismillahirrahmanirrahim..

Julai 2009

Hari pertama kuliah, kuliah pertama, Physics 1, sama dengan apa yang aku pelajari ketika matrikulasi dulu cuma kini lebih mendalam. Ya, aku mengambil Program Bacelor Sains (Kepujian) - Fizik. Aku memang minat Fizik sejak aku sekolah menengah sehinggalah sekarang. Bagi aku, Fizik adalah sesuatu yang menarik untuk dipelajari kerana secara lisannya kita tidak nampak walaupun perkara itu memang benar-benar wujud. Dengan eksperimen dapat membuktikan kebenaran yang tersembunyi itu. Panjang lebar pula aku katakan mengenai program yang aku jalani. Selepas kuliah aku pergi ke food court untuk menjamu selera, sarapan pagi sekali gus makan tengahari. Haikal pun ada bersama kerana dia juga tak ada kelas pada masa tu.

Sedang makan...

tut! tut! (mesej masuk)

Aku mengambil telefon bimbitku pakai tangan kiri sebab tangan kananku kotor kerana sebagai orang melayu aku makan pakai tangan. Haha.. Perlu ke aku nyatakan semua tu. Aku membuka mesej itu.

Haikal: Siapa mesej tu?

Nas: Ada la. Haha..

Mesej> Nisa
Nas, lme xdgr cter? Cmne kt upm.. ok?   <---penggunaan bahasa sms anak muda.

Aku tidak mahu membalas mesej itu dulu. Habiskan dulu apa yang sedang aku lakukan, sarapan sekali gus makan tengahari. Haha. Aku meletakkan telefonku di atas meja.

Selepas makan, aku pulang ke kolej. Merehatkan diri kerana kelas berikutnya pada petang harinya pula.

Pada malamnya, aku rasa lain macam. Bagai ada sesuatu yang terlupa untuk aku lakukan. Tiba-tiba, Haikal datang ke bilikku.

Haikal: Nas, nak pinjam charger. Kau sony jugak kan? Aku tertinggal kat rumah la. Lama lagi baru boleh balik nak ambil charger aku ni. Haha...

Nas: (Baru aku teringat yang aku belum membalas mesej dari Nisa tadi. Aku memberikan charger telefon bimbitku kepada Haikal.) Nah, ambil lah!

Haikal melepak kat bilik aku sebentar. Aku mencari telefon bimbitku dalam seluar yang aku pakai tadi. Dimana pula perginya telefon aku ni? Puas aku mencari tetapi tidak juga jumpa.

Nas: Hish, mana pulak perginya phone aku ni?

Haikal: Handphone kau hilang ke?

Nas: Tadi ade. Tiba-tiba je hilang ni. Aku tertinggal kat mana-mana ke?

Haikal: Bukan ade yang mesej kau time makan tadi ke?

Nas: Ya Allah, aku tertinggal atas meja lah. Cuba call nombor aku sekejap.

Haikal mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek seluar untuk membuat panggilan. Mubin masuk ke bilik.

Mubin: Assalamualaikum. Jom makan.

Nas: Kejap, phone aku hilang.

Mubin: Cuba ingat balik ko tertinggal kat mana-mana ke?

Nas: Aku dah ingat, cuma tak tahu la ade lagi ke tak phone tu kat situ. Tertinggal kat food court kot.

Mubin: 0wh, Insha Allah ade.

Haikal: Tak dapat la. phone off.

Nas: Ya Allah, mesti dah kena kebas ni. Esok kita check balik kat food court la Haikal. Mana tau dorang ada simpankan.

Haikal: Okay. No hal la bro.

Aku bukan sahaja memikirkan telefon bimbitku yang telah hilang. Dengan kehilangan telefonku itu, aku akan hilang semua contact number kawan-kawan aku sejak sekolah sehinggalah sekarang. termasuklah nombor seseorang yang sangat istimewa pernah aku kenali. Aku juga baru terima mesej dari dia pagi tadi dan masih belum membalas mesej darinya itu. Apakah ini hari terakhir untuk aku menerima mesej dari dia. Oh tidak...

                                                                                                                                            Bersambung...









11 comments:

chaom said...

salam ya akhi..rasa aku pernah komen kat blok ko ni semalam tp cek hari ni xde lagi..haha..
man,follow blok aku kat cni..htpp//:chaom90.blogspot.com..

Aiman Hj Amin said...

huhu... shahrum.. ak da follow ko.. heheh... ko pn br buat jgk ke blog.. sama je lbih krg aku xrmai sgt follower.. hahah..

Zayanie said...

aiman... watak AKU tu aiman ke nas sbnrnya??

Aiman Hj Amin said...

Ni bkn kisah aku.. kisah nas.. tp, ak pkai kata gnti diri "aku" sebagai nas.. senang nak cerita..haha

Aiman Hj Amin said...

I juz realize aten.. haha.. pembetulan dah dibuat.. thnx ye.. :)

Zayanie said...

haaa itu yg aku nk ckp :)

Aiman Hj Amin said...

hahah... thnx again.. huhu~

cewitail said...

It’s really a nice and helpful piece of information. I’m glad that you shared this helpful info with us. Please keep us informed like this. Thanks for sharing.

nolvadex

Aiman Hj Amin said...

What kind of information you had been given? I'm so confused.

jil0t a.k.a AgOnG jEpUn said...

mals nk komen ko lg..2x kot komen pas tu soknye tgk sml ilek...xde pun..huhu..len kli klu rjin ku komen lg eh..haha..btw chill!!!

Aiman Hj Amin said...

Agong jepun: sori sgt2.. ak pn xtau apa yg telah berlaku ke atas blog aku nih.. <--skema gler ayat.. hahahah... xpe, yg penting baca tau.. sebarang komen atau sebarang cadangan utk peningkatan cara penulisan bley message kat fb aku k.. haha.. (^_^)v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...