I made this widget at MyFlashFetish.com.

Welcome To My Blog!!

This blog has been made since last year (2010). Initially, I was not sure what should I share in my blog?? So, I started my writing things with any thought about something that I really interest to talk about such as movies, people attitudes and so on.. After a long time, I started to be bored in updating my blog because I actually didn't know what more should I share in my blog?? So now, I got an idea how to continue my writing things.. I prefer to write a series story which is actually based on the true stories.. Hehe.. But, with a big changes here and there compared to the real stories to make it more fresh and attractive.. Initially, I want to write a novel but I just don't know what is the true format to do so.. so, I change my intention and just write the series story..

Don't forget to keep reading my series story until the story reaches to the end.. Thnx 4 Visiting.. Have a nice life~


P/s: But I think they are really came from my heart.. :)

Friday, July 1, 2011

Kisah (Bhgn 20) : Kenapa Dia Ada Di Sini? ~

Bismillahirrahmanirrahim...

Nasri
Kehidupanku kini kian memulih. Itulah yang benar-benar aku harapkan. Menjalani kehidupan sebagai mahasiswa dengan sebaik mungkin. Aku masih cuba menjejaki Nisa namun pelajaran dan hidupku di sini tidak akan kuabaikan. Kadang-kadang, bila terasa bosan dan tertekan dengan pelajaran, barulah aku menyambung semula usaha pencarianku. Aku juga turut mencuba untuk mengawal emosiku. Kalau tidak berjaya, aku akan tetap bertahan. Aku yakin, selagi aku berusaha, satu hari nanti pasti aku akan menemukannya semula. Aku kini cuba berubah dan mengajak kawan-kawanku untuk sama memperbaiki diri. Walaupun sedikit perubahan yang dilakukan, kami tetap juga merasakan kebaikan dari perubahan itu. Haikal juga tidak lagi menjejakkan kaki di pusat-pusat istirehat yang selalunya menjadi tempat kunjungan kami setiap kali tiba hujung minggu. Pada mulanya, dia sukar untuk menerima perubahan itu dan menolak segala nasihat yang aku berikan namun segalanya berubah pada suatu malam.

Ketika itu, aku menyatakan hasratku untuk tidak lagi mengikuti mereka jika mereka ingin ke pusat-pusat istirehat dan aku juga menasihati mereka agar tidak ke sana lagi. Namun, aku pula yang dimarahinya. Masih terngiang lagi di telingaku akan kata-kata yang keluar dari mulut Haikal ketika itu, "Hey, kalau kau tak nak pergi sekalipun, kita orang tak kisah tapi tak payah la nak tarbiyah kita orang ni macam kita orang buat dosa besar sangat. Kau pun tahu apa yang kita buat dekat dalam tu kan. Kalau kau pasang muzik dekat laptop kau tu pun, lepas tu kau menari dalam bilik ni, sama je kan? Aku tahu la, mentang-mentang roommate orang tu budak surau,". Kemudian Haikal dan Amin berlalu dari situ. Aku agak tersentak akan kata-kata Haikal itu. Aku faham, bukan mudah untuk berubah. Sesuatu perubahan memerlukan suasana yang benar-benar membantu perubahan itu untuk berlaku. Aku ada Mubin sebagai teman sebilik tetapi Haikal pula memiliki teman sebilik yang sekepala dengannya iaitu Amin sendiri. Bagaimana mereka ingin meraih suasana yang membantu itu?

Haikal benar-benar marah malam itu. Dia menunggang motosikal dengan laju dan itu telah menyebabkan Amin yang berada di belakang mulai risau. Amin menyuruhnya untuk memperlahankan motosikal itu namun Haikal tidak mempedulikan kata-kata Amin. Tanpa mereka sedari, terdapat sebuah kereta berwarna hitam keluar dari simpang kiri dengan laju dan juga secara mengejut, menyebabkan Haikal tidak dapat mengawal lagi motosikalnya ketika itu. Haikal kemudiannya merempuh kereta hitam itu dengan kuat sehingga menyebabkan Amin yang diboncengnya tercampak jauh dari motor. Disebabkan kemalangan itu, Haikal tercedera agak teruk namun dia masih bernasib baik kerana tulangnya tidak ada yang patah. Tidak sepertinya, Amin yang tercampak dari motor itu pula telah mengalami hentakan yang kuat di kepala apabila kepalanya yang tak bertopi keledar itu terhentak pada sebuah batu di sisi jalan. Kesan daripada hentakan tersebut, Amin kini mengalami koma dan masih lagi tidak sedarkan diri sehingga ke saat ini.

Sejak malam itu, Haikal mengalami trauma yang sangat teruk dan dia tidak mahu lagi menaiki motosikal walaupun hanya dibonceng. Rakan-rakan yang lain pernah ingin memberi pinjam motosikal mereka kepadanya jika dia hendak ke mana-mana kerana motosikal Haikal telah mengalami kerosakan yang teruk semasa kemalangan itu. Namun, dia lebih memilih untuk menolak tawaran itu. Dia lebih sanggup berjalan kaki ke medan selera daripada menyentuh motosikal rakan-rakannya itu. Mungkin juga dia tidak mahu motosikal rakan-rakannya itu mengalami nasib yang sama seperti motosikalnya sendiri. Selain itu, Mubin jugalah orangnya yang sering melontarkan kata-kata penenang tatkala Haikal tertekan akan masalahnya itu. Kalau dulu, akulah yang menjadi pengantara persahabatan mereka namun kini mereka lebih rapat dan mula berkawan walaupun tanpa kehadiran aku di situ. Aku masih teringat kata-kata Mubin di hospital ketika Haikal baru sedarkan diri selepas kemalangan itu. Ketika itu, Haikal benar-benar tertekan dan berasa bersalah akan nasib yang menimpa teman sebiliknya itu. Lantas, Mubin mengucapkan sesuatu di telinga Haikal secara perlahan seakan-akan berbisik namun aku masih juga dapat mendengarnya.

"Sabar Haikal, kita memang boleh merancang dengan baik tetapi Allah jugalah sebaik-baik perancang. Dugaan menimpa seseorang tu jika Allah mengingati mereka dan apabila Allah memberi ingatan, sudah tentu untuk kita fikirkan hikmahnya. Ingat, dugaan ni mungkin juga adalah petunjuk buat kita semua." Itulah kata-kata yang dibisikkan oleh Mubin sehingga menyebabkan Haikal mengalirkan air mata selepas mendengarnya.

Walaupun Haikal sudah pulih sepenuhnya, Amin tetap juga tidak sedarkan diri. Pada suatu hari, aku, Mubin dan Haikal pergi melawatnya di hospital namun lain pula yang jadinya. Ibu dan ayah Amin sedang berada disisinya. Tiba-tiba, timbul kekecohan apabila ibu kepada Amin, Puan Hasnah melihat Haikal datang melawat anaknya itu. Dia menghampiri Haikal lalu memukul dan menolak Haikal sehingga keluar dari bilik. Encik Iqbal, suami Puan Hasnah cuba untuk menenangkan isterinya itu. Aku dan Mubin juga cuba menenangkan Puan Hasnah selain melindungi sahabat kami itu. Aku dapat melihat air mata mengalir di pipi Haikal ketika itu. Dia pastinya tidak mampu berbuat apa-apa melainkan mendengar tohmahan Puan Hasnah kepadanya ketika itu.

"Apa lagi yang kau buat kat sini, hah? Kau tengoklah apa yang dah jadi kat anak aku. Engkau ingat senang-senang je kami nak maafkan kau, hah? Berani-berani kau datang kat sini ya. Kalau dia sedar sekali pun dah tentu dia tak nak tengok muka kau lah. Keluar dari hospital ni sekarang. Pergi!" Kata Puan Hasnah ketika itu dalam keadaan marah.

Tanpa berlengah lagi, Haikal terus berlalu dari situ. Dia pergi secara tiba-tiba tanpa sempat aku dan Mubin mengikutinya. Aku agak geram akan sikap Puan Hasnah ketika itu yang sesuka hati menengking Haikal seteruk itu. Lantas, aku pun mengatakan sesuatu kepada Puan Hasnah.

"Sabar Puan Hasnah, apa yang terjadi pada Amin pun mungkin sebab salah dia sendiri. Kalaulah dia pakai helmet masa tu, dah tentu perkara ni tak terjadi pada dia." Aku terus berlalu selepas meluahkan kata-kata itu. Ketika itu, aku dapat mendengar tangisan seorang ibu yang menangisi nasib buruk yang menimpa anaknya sendiri.

Tiba-tiba, Mubin memegang bahuku lalu mengatakan sesuatu, "Jangan berandai semasa bercakap. Pergi jumpa Puan Hasnah balik sekarang dan minta maaf daripada dia. Sudah tentu hancur hati Puan Hasnah apabila mengenangkan nasib yang menimpa anaknya tu."

Aku kemudian kembali semula ke bilik Amin ditempatkan dan Puan Hasnah masih berada di depan pintu bilik, menangis sambil ditemani suaminya. Aku menghampiri si ibu dan memohon maaf darinya selain berharap agar si ibu dapat bersabar menghadapi dugaan ini. Puan Hasnah hanya mengangguk-anggukkan kepala lalu masuk semula ke dalam bilik bersama suaminya. Encik Iqbal sempat bersalaman denganku sebelum masuk ke dalam bilik dan dia juga memohon maaf kalau-kalau isterinya telah menyakiti hati kami. "Tak ada apa yang perlu dimaafkan pak cik. Kami kena minta diri dulu." Kata Mubin sejurus Encik Iqbal menghabiskan kata-katanya. Kami kemudian bersalam-salaman dengan Encik Iqbal sebelum pergi dari situ. Haikal, ya, kami harus pergi mendapatkannya. Sudah tentu dia sangat tertekan ketika ini. Dia mungkin sudah berada di luar hospital ini sekarang ataupun mungkin juga dia sudah lama menunggu di tempat letaknya kereta Myvi senior kami yang dipinjam dari petang tadi. Aku dan Mubin terburu-buru pergi ke ruangan tengah hospital untuk mendapatkan lif.

Mubin
Aku berharap agar Haikal tidak melakukan sesuatu yang tak diinginkan. Aku sangat risau sekiranya dia tidak mampu bertahan kerana dia benar-benar kelihatan rasa bersalah akan nasib yang menimpa Amin ketika ini. Aku berharap agar dia masih dapat berfikir secara waras walaupun tekanan yang dialaminya kini amatlah perih untuk diterima. Aku dan Nasri tergesa-gesa mendapatkan lif yang hampir tertutup untuk ke tingkat bawah. Syukur kami dapat memasuki lif itu. Kami tidak boleh membuang masa lagi. Apa-apa pun boleh berlaku kepada Haikal ketika ini. Semasa ingin keluar dari lif, aku melihat seseorang yang pernah wujud dalam hati ini suatu ketika dahulu. Dia ingin memasuki lif ketika itu, membuatkan kami berpandangan sesama sendiri. Zulaikha? Apakah yang sedang dibuatnya di sini? Aku dapat melihat raut wajahnya yang agak muram dan terkejut melihatku itu. "Ika, buat apa kat sini? Tak apa, nanti Nas call balik." Tiba-tiba, Nasri menyapa Ika yang ingin memasuki lif itu. Apakah hubungan mereka berdua? Nasri sudah pun mengenali Ika? Ah, aku harus membuang semua persoalan itu jauh dari fikiranku ketika ini! Kami harus mendapatkan Haikal secepat mungkin. Keadaannya harus lebih kami bimbangkan ketika ini. Namun, bukan mudah untuk melupakan pertemuan yang terjadi dan sapaan yang dibuat oleh Nasri sebentar tadi.

                                                                                                                                       Bersambung...



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...