I made this widget at MyFlashFetish.com.

Welcome To My Blog!!

This blog has been made since last year (2010). Initially, I was not sure what should I share in my blog?? So, I started my writing things with any thought about something that I really interest to talk about such as movies, people attitudes and so on.. After a long time, I started to be bored in updating my blog because I actually didn't know what more should I share in my blog?? So now, I got an idea how to continue my writing things.. I prefer to write a series story which is actually based on the true stories.. Hehe.. But, with a big changes here and there compared to the real stories to make it more fresh and attractive.. Initially, I want to write a novel but I just don't know what is the true format to do so.. so, I change my intention and just write the series story..

Don't forget to keep reading my series story until the story reaches to the end.. Thnx 4 Visiting.. Have a nice life~


P/s: But I think they are really came from my heart.. :)

Friday, July 22, 2011

Kisah (Bhgn 23) : Harapan Sembuh Si Pesakit Koma~

Bismillahirrahmanirrahim...

Keesokan harinya..

Mubin
Puas aku memujuk Haikal untuk menemaniku pergi melawat Amin. Namun, semuanya itu ternyata sia-sia kerana pelawaanku itu tetap juga ditolaknya. Barangkali, dia masih lagi trauma akan kejadian yang menimpanya semalam. Yang pasti, aku tidak mampu memaksanya lagi. Keputusannya telah pun dibuat. Lalu bersendirianlah aku pergi ke hospital tanpa ada yang menemani.

Nasri pula sedang bersama Murni ketika ini di Mid Valley, menemani gadis itu membeli barang keperluan kolej di sana. Apa yang membuatkan aku tertanya-tanya, kenapa Nasri begitu rapat dengan Murni sejak belakangan ini? Dia juga kini jarang-jarang menjalankan tugas pencarian yang dahulunya begitu taksub dilakukannya. Adakah dia sudah dapat menerima perginya Nisa dari hidupnya? Aku sendiri tidak begitu pasti akan hal itu.

Kakiku melangkah masuk pintu utama hospital itu lalu pergi mendapatkan lif untuk ke tingkat atas. Sesampainya aku di depan pintu bilik Amin, aku terus merangkul bonggol pintu tersebut lalu masuk ke dalam bilik secara perlahan. Ada seorang lelaki muda berkemeja lengan panjang berwarna biru terang sedang berdiri di tepi katil sambil meneliti data-data pesakit. Lalu aku menyapa lelaki berkenaan dengan memberikan salam kepadanya.

                    "Assalamualaikum"

                    "Waalaikumussalam. Kamu siapa?" Soal lelaki itu.

                    "Saya kawan kepada pesakit."

                    "Oh, kawan kepada Amin. Saya Dr. Ismadi. Boleh kita berbincang sekejap? Seeloknya di luar saja."

Aku menurutkan sahaja kehendak Dr. Ismadi itu. Apakah agaknya yang ingin dibincangkan olehnya. Aku bukannya ahli keluarga Amin. Mengapa dia tidak menunggu sahaja kedatangan Puan Hasnah dan Encik Iqbal, melawat anak mereka nanti lalu membincangkan perkara itu dengan mereka?

                    "Sebenarnya begini, harapan untuk pesakit sembuh sangatlah tipis. Kesan daripada hentakan yang kuat di kepala telah menyebabkan otaknya gagal berfungsi. Sekarang ni pun, dia hanya bernafas melalui sistem sokongan hayat."

                    "Jadi, apa yang doktor cuba bincangkan?"

                    "Saya ada mencadangkan kepada keluarga pesakit untuk membawa dia pulang kerana secara teknikalnya dia dah tak ada peluang lagi untuk hidup. Sekarang ni pun dia masih boleh bernafas atas bantuan sistem sokongan hayat. Dengan adanya sistem ni, sel-sel badan sememangnya kelihatan hidup tetapi hakikatnya pesakit telah pun meninggal dunia apabila roh terpisah daripada jasad."

                    "Maksud doktor, doktor nak cabut nyawa dia walaupun dia masih dapat bernafas? Hidup mati kita bukan Tuhan yang tentukan?"

Aku menjadi agak emosional pada ketika itu. Mana tidaknya, inilah kali pertama aku menghadapi kes seperti ini. Jelas-jelas secara zahirnya Amin masih lagi hidup kerana dia masih mampu bernafas. Kenapa ingin diputuskan sistem sokongan hayat itu sedangkan Amin berkemungkinan akan sedar tidak lama lagi.

                    "Dia bukannya dapat bernafas tetapi boleh bernafas"

                    "Apa bezanya, doktor?"

                    "Dia bukannya berupaya untuk bernafas tetapi diberi peluang untuk tetap bernafas dengan adanya sistem sokongan hayat ni. Saya faham, mereka yang terdekat dengan pesakit mungkin tak dapat menerima hakikat bahawa pesakit akan meninggal dunia akhirnya setelah sistem sokongan ini diputuskan, tetapi sampai bila dia harus bergantung kepada sistem sokongan hayat ni? Bukan kerja saya untuk mencabut nyawa manusia, tetapi adakah keluarga pesakit atau kamu sendiri sanggup melihat keadaan dia seperti ini? Saya tak akan mencadangkan perkara ini sekiranya ada ilmu baru dalam dunia perubatan yang boleh memulihkan pesakit mati otak." Jelas Dr. Ismadi panjang lebar.

                    "Jadi, kenapa tak langsung dibincangkan perkara ini dengan keluarga Amin? Saya tak ada hak untuk membuat keputusan, doktor."

Dr. Ismadi menjelaskan kepadaku sebab perbincangan ini dibuat denganku. Setelah Dr. Ismadi mendapati Amin mempunyai harapan yang sangat tipis untuk terus hidup, perkara ini telah pun dibincangkan bersama Encik Iqbal dan Puan Hasnah semalam. Namun, cadangannya ditolak keras oleh Puan Hasnah untuk membenarkan pihak hospital mencabut sistem sokongan hayat anaknya itu. Dia tidak mampu berkata apa-apa lagi malahan dia sendiri teruk dimarahi oleh Puan Hasnah. Patutlah Puan Hasnah begitu berang semalam sejurus melihat Haikal di depan matanya. Dia sudah tentunya tidak dapat menerima pemergian anak tunggal satunya itu.

Aku memberitahu Dr. Ismadi bahawa aku akan berusaha membantu Encik Iqbal memujuk isterinya itu. Aku yakin, Encik Iqbal sudah tentu telah redha akan ketentuan ini kerana dia kelihatannya sungguh tenang semalam seperti tidak ada apa pun yang berlaku. Tidak lama kemudian, Dr. Ismadi pun beredar dari bilik itu. Mengenangkan kembali apa yang diperkatakan oleh Dr. Ismadi tadi membuatkan hatiku meruntun sedih. Aku juga berasa pelik, mengapakah aku begitu sedih? Sedangkan aku dan Amin bukanlah begitu rapat sebelum ini. Berbual dengannya sahaja jarang-jarang terjadi. Namun, atas rasa kemanusiaan, aku turut merasakan kesedihan yang bakal dirasakan oleh mereka nanti. Tiba-tiba, bonggol pintu bergerak perlahan seperti ada yang ingin memasuki bilik ini. Siapakah itu?

Nasri

Penat sungguh rasanya tatkala keluar membeli-belah bersamanya. Sekejap dia ke sini, sekejap lagi dia ke sana, semuanya wajib dilaluinya. Tak akan ada satu tempat pun yang akan terlepas daripada jejakan kakinya. Aku yang berkasut tapak nipis ini pula telah mula merasakan kepenatan. Namun, aku gagahinya juga dan cuba bersikap gentleman terhadap Murni. Aku mengikut sahaja ke mana dia pergi kerana tidak ada apa-apa lagi yang ingin kubeli. Tiba-tiba, Murni mengajak aku berhenti sebentar di tengah-tangah pusat beli-belah itu. Kami menjenguk ke bawah dari tingkat 2.

                    "Kat sini la pertama kali kita berjumpa." Murni membuahkan kata-kata, perlahan.

Apakah yang dimaksudkan olehnya itu? Bila masanya pula kami berjumpa buat kali pertamanya di sini? Sedangkan kali pertama aku berjumpa dengannya adalah ketika dia mengherdikku dahulu. Barangkali bukannya aku dan dia yang dimaksudkan olehnya dalam perkataan "kita" itu. Mungkin juga dia memaksudkan dirinya sendiri dengan seseorang yang lain tetapi bukannya aku. Kalau benar begitu, haruskah dia menyebutnya sehingga aku dapat mendengarkannya. Ataupun mungkin dia tidak sedar kata-kata itu keluar dari mulutnya. Aku terus sahaja mendiamkan diri.

                    "Jom, makan!" Pelawanya tiba-tiba.

Tanpa membuang masa lagi, kami meneruskan perjalanan ke medan selera yang terletak di tingkat paling atas Mid Valley Megamall itu. Aku terasa sangat lapar dan kepenatan, dan seharusnya juga mendapatkan semula tenaga yang telah hilang sepanjang perjalananku hari ini. Kami membeli makanan yang sama, minuman yang sama, bagaikan sepasang kekasih. Namun, hanya Nisalah yang ada di jiwaku ini, bukan yang lain. Walaupun sudah begitu lama tidak bertemu dengannya, perasaan itu tidak pernah pudar malahan kian memekar.

                                                                                                                                    Bersambung...



6 comments:

yunZ said...

byknye idea..:)

Aiman Hj Amin said...

Yunz: haha, pengalaman sendiri dan pengaruh luar.. :)

btw, kita kenal kew luar dari dunia blogger? hmm..

gee ciut miut said...

nice aiman...:)

Aiman Hj Amin said...

Thnx gee.. next bhgn minggu dpn la kot.. mmg semangat hjg mggu je.. hihi.. (^__^)v

!Fatin Fadhillah... said...

dh bahagian 23 dh ye? good job! hehehe. aku mintak maap lah.. aku bukan ulat novel. aku ulat komik! huhuhu.

Aiman Hj Amin said...

Hahah.. LOL.. xpe, xde hal la.. hahah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...