I made this widget at MyFlashFetish.com.

Welcome To My Blog!!

This blog has been made since last year (2010). Initially, I was not sure what should I share in my blog?? So, I started my writing things with any thought about something that I really interest to talk about such as movies, people attitudes and so on.. After a long time, I started to be bored in updating my blog because I actually didn't know what more should I share in my blog?? So now, I got an idea how to continue my writing things.. I prefer to write a series story which is actually based on the true stories.. Hehe.. But, with a big changes here and there compared to the real stories to make it more fresh and attractive.. Initially, I want to write a novel but I just don't know what is the true format to do so.. so, I change my intention and just write the series story..

Don't forget to keep reading my series story until the story reaches to the end.. Thnx 4 Visiting.. Have a nice life~


P/s: But I think they are really came from my heart.. :)

Friday, July 8, 2011

Kisah (Bhgn 21) : Penolakan~

Bismillahirrahmanirrahim...

Nasri 
Aku dan Mubin berlari keluar daripada hospital dan tak lama selepas itu kami dapat melihat Haikal duduk di atas sebuah kerusi yang terletak tidak jauh dari pintu masuk sambil menutupi wajahnya. Kami menghampirinya dan kemudian Mubin memegang bahunya. Dia kemudiannya memperlihatkan wajahnya yang jelas kelihatan begitu tertekan dan agak kemerah-merahan. Matanya pula kelihatan sembab mungkin kerana terlalu banyak menangis sebentar tadi. Mubin menepuk-nepuk belakangnya dan mengurut-urut lehernya untuk mengurangkan ketegangan.

"Jom, balik. Nak kena pulangkan kereta ni." Mubin mula berkata-kata lalu menarik Haikal bangun dari kerusi.

Dia menepis tangan Mubin perlahan kerana merasakan dia telah dilayan seperti keanak-anakan sedangkan dia mampu untuk berjalan ke kereta sendiri tanpa dipimpin. Dia kemudiannya bangun sendiri dan kami bergerak ke tempat kereta kami diletakkan tadi. Aku dan Mubin duduk di bahagian depan manakala Haikal pula duduk di bahagian belakang kereta. Semasa dalam perjalanan, Haikal hanya mendiamkan diri di belakang dan Mubin pula sedang memandu kereta. Lantas aku memasang radio untuk memecah kesunyian pada malam itu. Ketika itu, lagu yang diputarkan di radio adalah lagu Senyum nyanyian Malique dan Najwa. Mendengar lagu itu bagaikan tiada terkesan langsung pada diri kami kerana segala yang berlaku pada malam ini terlalu berat untuk dijalani lebih-lebih lagi Haikal.

"Haikal, esok ke lusa, kita pergi lawat Amin lagi. Jangan risau la, Pn. Hasnah mesti okay nanti."Mubin mengeluarkan kata-katanya lagi.

"Buat apa, kau nak aku dimalukan dekat hospital tu lagi. Kena halau macam anjing. Mak dia dah tak suka aku datang, so tak payah la aku buat muka tak malu nak datang juga kan? Kau orang pergi la. Aku tak pergi." Haikal berkata-kata dengan suara serak dan agak kesedihan.

Suasana menjadi sunyi kembali. Aku tetap juga mendiamkan diri dan tidak pula Mubin membalas apa yang diperkatakan oleh Haikal itu. Mungkin juga Mubin hanya ingin menurutkan sahaja kehendak Haikal jika itu yang dia mahukan. Aku bukan tidak mahu berkata-kata, cuma aku tidak pernah mengalami situasi seperti ini. Takut-takut, keadaan akan menjadi semakin parah pula nanti jika aku memulakan perbicaraan. Dalam situasi seperti ini, Haikal sudah pasti menjadi lebih sensitif daripada kebiasaannya.

"Susah ke nak berubah?" Tiba-tiba, Haikal mula berkata-kata semula.

Aku dan Mubin saling memandang antara satu sama lain. Adakah Mubin ingin aku menjawab persoalan itu? Aku pun bukanlah baik sangat untuk berbicara soal perubahan. Mubin kemudiannya cuba menjawab soalan yang dikemukakan oleh Haikal itu.

"Macam mana ya? Perubahan tu dapat juga kita samakan dengan berhijrah. Hijrah dari segi sikap ataupun tingkah laku ni dapat kita analogikan seperti berhijarah ke tempat baru. Semakin jauh tempat baru itu dari tempat yang lama, semakin banyak masa yang diperlukan untuk sampai ke tempat baru tu dan semakin banyak jugalah dugaan yang kita kena tempuh. Perubahan yang kita inginkan, masa, dan dugaan yang harus kita tempuhi tu sememangnya berkadar terus kan?" Jawab Mubin berakhirkan soalan tertutup.

"Dan usaha." Sambung Haikal yang berada di belakang secara perlahan dan kemudiannya mengeluh sedikit.

Aku tetap jua berdiam diri dan terus mendengar segala yang dibicarakan oleh mereka di dalam kereta ketika itu. Aku juga seperti Haikal, berkeinginan untuk memperbaiki diri dan cuba berubah untuk menjadi seseorang yang lebih baik. Namun benarlah apa yang dikatakan oleh Mubin dan Haikal itu, masa jugalah yang akan menentukannya nanti dan usaha itu juga seharusnya ada untuk meraihnya. Aku memohon petunjuk dariMu Ya Rabbi. Sesungguhnya Engkaulah yang menentukan segala yang bakal aku alami dalam hidup ini. Sesampainya kami di kolej, Mubin pergi ke bilik senior kami untuk memulangkan kunci kereta yang dipinjam oleh kami itu manakala aku dan Haikal pula pulang ke bilik masing-masing. Haikal berlalu tanpa mengucapkan satu kata sekali pun.

Mubin

"Assalamualaikum, bang. Ni, nak pulangkan kunci kereta." Kataku kepada abang senior kami, Bro. Najib.

"Oh, waalaikumussalam. Asal lambat? Pinjam dari petang tadi. Yang lain mana? Amin macam mana?" Aku dihentam oleh tsunami soalan yang keluar dari mulut Bro. Najib ketika itu.

"Oh, kami pinjam kereta awal-awal sebab risau abang tak ada kat bilik ke malam ni. Kami pergi hospital malam tadi juga lepas Maghrib. Ni pun baru je sampai sini. Amin macam tu la, masih koma lagi. Dua orang tu pula dah balik bilik, bang." Jawabku kepada Bro. Najib, juga seperti tsunami jawapan yang keluar dari mulutku ini.

Tidak lama selepas itu, aku pun pulang ke bilik. Sesampainya di bilik, aku melihat Nasri sedang berbual di telefon. Mungkinkah dia sedang berbual dengan Ika sekarang ini? Apakah hubungan antara mereka berdua? Adakah Nasri adalah orang yang Ika maksudkan dulu? Aku masih ingat lagi pada masa itu. Aku begitu beria untuk menyampaikan berita gembira kepadanya, berita mengenai kejayaan pasukan bola sepak kami mewakili Kolej Matrikulasi Perlis yang telah merangkul naib johan dalam Perlawanan Bola Sepak KAKOM 08 pada ketika itu. Aku berlari dan bergegas untuk mendapatkan Ika sehinggakan aku terlanggar seorang perempuan yang telah pun aku lupa bagaimanakah rupanya. Apa yang ada di fikiranku ketika itu hanyalah ingin segera berjumpa dengan Ika untuk menyampaikan berita gembira ini dan seterusnya meluahkan apa yang terbuku di hati ini.

Ogos 2008
Aku yang ketika itu ditemani Ali pergi ke salah sebuah dewan kuliah tempat pertandingan pidato itu dijalankan. Tiba-tiba, aku dapat melihat Ika di luar dewan kuliah tersebut. Aku menegur Ika dan membawanya ke satu sudut yang agak jauh dari orang lain. Ali pula pergi menegur kawan-kawan matrikulasi kami yang lain kerana tidak mahu mengganggu aku dan Ika. Aku kemudiannya menyatakan semua yang telah aku fikirkan tadi.

"Ika, aku ada berita gembira nak beritahu ni. Pasukan bola sepak kita dapat naib johan. Pingat perak lagi untuk KMP." Aku memberitahunya sambil ketawa.

"Ya ke? Tahniah. Alhamdulillah la kan." Balasnya ringkas dengan nada yang tidak begitu bersemangat. Namun, aku tidak sabar untuk meluahkan isi hatiku ini kepadanya lalu aku terus menyambung perbualan kami.

"Alhamdulillah. Macam mana nak mula ye? Sebenarnya macam ni, sebelum kita sampai dekat sini aku dah berjanji pada diri aku sendiri. Kalau aku berjaya dalam pertandingan bola sepak ni, aku nak beritahu sesuatu pada kau. Sebenarnya, aku, aku dah lama menyimpan perasaan terhadap kau. Sejak kali pertama kita berjumpa dekat library masa tu, hati aku ada terdetik mengatakan kau la perempuan yang aku cari selama ni tapi aku tak nak bersikap terburu-buru. Jadi ..." Kata-kataku terputus kerana Ika memaksaku menghentikan kata-kata dengan menggunakan kedua-dua belah tangannya.

"Jadi? Apa yang nak jadi? Kejap, apa semua ni, hah? Selama ni pun aku anggap kau sebagai kawan aku je. Tak pernah lebih daripada tu. Sorry." Ika melenting tak tentu pasal.

"Tapi, kenapa selama ni kau bagi aku harapan setiap kali kita berjumpa? Tak pernah aku rasakan perasaan macam ni sebelum ni. Lagipun, kau layan aku baik sangat. Aku dah mula yakin, kau pun sebenarnya ada perasaan yang sama seperti apa yang aku rasakan sekarang ni. Betul kan? " Aku meminta penjelasan daripada Ika.

"Kau kena dengar ni, Mubin. Aku buat baik dengan semua orang. Lelaki ke perempuan aku layan sama je semua, Fair. Dengan lelaki lain pun aku layan sama je macam aku layan kau. Maksud kau, kalau aku peramah sikit dengan seseorang lelaki tu, aku suka dekat dia la. Macam tu? Lepas tu, kau terus cakap aku dah bagi harapan dekat kau. Aku ke yang dah bagi harapan dekat kau ataupun kau yang meraih harapan tu daripada aku? Maaf Mubin, tapi itulah hakikatnya. Dah ada seseorang dalam hati aku sekarang ni tetapi bukan kau." Jelas Ika kepadaku dengan nada yang agak keras.

Kemudian, Ika berlalu dari situ dengan wajah yang tidak ceria. Hanya Tuhan yang tahu betapa luluhnya hatiku ketika itu tatkala Ika menjelaskan perasaan sebenarnya terhadap aku yang dianggapnya hanya seorang kawan sedangkan aku menganggapnya lebih daripada itu. Semua penjelasannya itu jelas-jelas menunjukkan penolakan tanpa berselindung lagi. Yang membuatkan aku bertambah kecewa, mengapakah penolakan itu dilakukan dengan perasaan penuh nyalaan kemarahan sebegitu rupa? Kenapa dia terus melenting tatkala aku menyatakan perasaanku ini kepadanya. Sehinggakan Ali dan teman-teman yang lain pun perasan apa yang berlaku ketika itu. Apakah dia tidak mampu untuk menerima kejutan yang aku berikan secara tiba-tiba ini. Tidak lama selepas Ika pergi, Ali datang menghampiriku.

"Mubin, kawan Ika beritahu aku tadi. Ika sebenarnya gagal dalam pertandingan pidato tu. Dia memang tertekan sangat sekarang ni. Mungkin dia tak bermaksud nak marah kau tadi. Sabar la ya." Jelas Ali.

"Tapi, itulah hakikatnya." Balasku ringkas.

Oktober 2009 
Aku mengelamun sebentar, teringatkan semua yang terjadi pada masa itu. Kemudian, aku masuk ke bilik, meletakkan beg galasku di atas katil dan terus duduk di atas katil. Nasri sudah semakin hampir menamatkan perbualannya. Aku harus menanyakannya soal Ika kepadanya. Tak lama selepas itu, Nasri mengucapkan salam kepada Ika menerusi telefon bimbitnya itu.


"Hah, Mubin, macam mana Bro. Najib? Kau dah pulangkan kunci dia?" Tanya Nasri kepadaku.

"Dah. Dia okay je. Aku nak tanya kau sesuatu. Perempuan yang kau tegur masa dekat lif tadi tu siapa?" Tanyaku kepada Nasri.

"Oh, Ika?"

Tanya Nasri ketika itu dan aku hanya menantikan jawapan dari dia. Tiba-tiba, Nasri diam seketika. Dia seperti tidak mahu memberitahu aku siapakah Ika dalam hidupnya. Aku semakin tertunggu-tunggu jawapan yang keluar dari mulutnya itu. Tak lama selepas itu, dia memberitahuku juga soal Ika.

"Ika tu bekas awek aku, sejak menengah rendah lagi. Sekarang ni kita orang dah tak couple lagi. Aku putus dengan dia masa kami masing-masing ada kat matrik. Aku putus sebab aku dah mula jatuh cinta pada Nisa." Jawab Nasri selamba.

Aku sangat terkejut dengan jawapan yang keluar dari mulutnya itu. Adakah Ika telah dilukai sahabatku ini? Mengapakah Nasri tegar berbuat demikian terhadap seorang perempuan yang sangat mencintainya? Tidak, aku tidak seharusnya memikirkannya lagi kerana perkara itu telah pun lama berlalu dan tak sepatutnya diungkit lagi. Ika telah pun memilih jalan hidupnya sendiri. Sedang aku memikirkan bermacam-macam persoalan dalam benak fikiranku ini, tiba-tiba Nasri ketawa dengan seronok seakan-akan sukar untuk berhenti. Apakah yang sebenarnya telah terjadi sekarang ini?

                                                                                                                                            Bersambung...
 
 
 

7 comments:

emelyne said...

ooo...ika tu ex nasri....terjwab persoalan....haha :P

Aiman Hj Amin said...

Terjawab kah??? hahahahah.. blum lg ye.. hihi~

emelyne said...

ade lg la suprise ni? haha xsaba nk tunggu.......

Aiman Hj Amin said...

heheh.. xde la surprise pun.. hihi..

DentroLeggerai said...

best...

DentroLeggerai said...

best...

Aiman Hj Amin said...

Eh, dentro da baca dr awal ke?? btw, thnx sbb baca.. ni satu sokongan.. terima kasih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...