I made this widget at MyFlashFetish.com.

Welcome To My Blog!!

This blog has been made since last year (2010). Initially, I was not sure what should I share in my blog?? So, I started my writing things with any thought about something that I really interest to talk about such as movies, people attitudes and so on.. After a long time, I started to be bored in updating my blog because I actually didn't know what more should I share in my blog?? So now, I got an idea how to continue my writing things.. I prefer to write a series story which is actually based on the true stories.. Hehe.. But, with a big changes here and there compared to the real stories to make it more fresh and attractive.. Initially, I want to write a novel but I just don't know what is the true format to do so.. so, I change my intention and just write the series story..

Don't forget to keep reading my series story until the story reaches to the end.. Thnx 4 Visiting.. Have a nice life~


P/s: But I think they are really came from my heart.. :)

Monday, April 18, 2011

Kisah (bhgn 9) : Cerita Haikal ~

Bismillahirrahmanirrahim...

Pada petang itu di tempat perhimpunan...

Alia: Hmm, assalamualaikum semua. Salam sejahtera. Tolong pass buku ni. (Mereka mengedarkan buku-buku praktikal itu kepada kawan di sebelah masing-masing.) Okay, aku dilantik jadi ketua waktu kelas koko semalam dan masa tu seorang je pelajar lelaki yang datang iaitu Haikal.(Aku agak terkejut dengan pernyataan Alia.) Itupun dia datang lambat and time tu aku dah pun dilantik menjadi ketua oleh En. Joe, cikgu badminton kita. Tapi, kalau kau orang semua ada sebarang bantahan ke boleh la ajukan dekat sini dan kita cari ketua yang baru.

Aida: Rasanya tak perlu buat sebarang pertukaran sebab tak kisah la lelaki ke perempuan jadi ketua. Yang penting kerja jalan.

Ijat: Betul, aku pun tak kisah.

Ramai yang tidak kisah dengan perlantikan Alia sebagai ketua praktikum kami. Aku pun tidak kisah kalau dia menjadi ketua kerana jelas kelihatan kredibilitinya sebagai seorang pemimpin. Tiba-tiba, Haikal bersuara.

Haikal: Hmm, kalau tak ada apa-apa lagi saya nak pergi dulu la ye. Ada hal sikit. (dengan wajah yang tiada sikit pun senyum di bibir)

Alia: Hah, rasanya memang tak ada apa-apa lagi nak dibincangkan. Kalau macam tu kita boleh bersurai la ye. Harap semua boleh berikan kerjasama. Assalamualaikum, Salam sejahtera.

Semua pelajar membalas salam dari Alia itu. Kemudian, kami semua beredar dari situ. Aku pulang ke bilikku yang terletak agak jauh dari situ. Semasa dalam perjalanan untuk ke bilik, Haikal ada bersamaku untuk pulang bersama. Kami tinggal di blok yang sama malahan biliknya terletak di depan bilikku sahaja. Aku merasakan yang aku harus bertanya Haikal mengenai sikapnya yang dingin terhadap Alia. Namun, aku masih belum bersedia untuk menanyakan semua itu kepadanya. Apabila keadaan kelihatan sedikit keterlaluan aku mungkin akan cuba beranikan diri untuk menanyakan persoalan yang wujud di benak fikiranku ini.

Esoknya di dalam kuliah Fizik, kami disuruh untuk duduk bersama kumpulan praktikum masing-masing. Ketika itu, lelaki dan perempuan yang sama praktikumnya bercampur, tidak seperti sebelum ini. Tiba-tiba, terdapat pelajar-pelajar perempuan yang sibuk berbual di belakang kami ketika pensyarah sedang mengajar namun tidaklah begitu kuat. Haikal berpaling ke belakang.

Haikal: Kau orang diam sikit boleh tak? Ganggu la orang lain nak belajar.

Dia menegur pelajar-pelajar itu dengan nada yang agak marah tetapi masih mengawal suaranya kerana masih berada di dalam kuliah. Pelajar-pelajar tadi pun terkejut lantas mendiamkan diri. Aku merasakan sesuatu yang tidak kena dengan Haikal. Dia bukan sahaja bersikap dingin terhadap Alia malahan pada pagi tadi semasa berada di kelas tutorial kimia, dia tidak bertegur sapa langsung dengan pelajar-pelajar perempuan praktikum kami. Apakah agaknya masalah yang dia peroleh dengan kaum-kaum hawa ini?

Pada malam itu ketika berada di bilik rehat, aku mendapatkan jawapan darinya.

Nas: Haikal, kenapa aku tengok kau macam baran je dengan budak-budak perempuan dalam praktikum kita? Langsung tak bertegur sapa. Mereka kan satu kelas dengan kita. Satu hari nanti mereka juga yang akan tolong kita.

Haikal memandang aku dengan wajah tidak puas hati.

Haikal: Macam ni la ye, aku tahu apa yang aku buat dan kau tak payah la nak masuk campur.

Nas: Tapi ni semua untuk kebaikan. Aku tak suka lihat ade permusuhan antara budak kelas kita. Kau suka ke dibenci budak-budak perempuan tu semua, Hah?

Haikal: Bagi aku semua perempuan ni sama je. Sebaik mana sekalipun sikap kita dekat mereka, mereka jugalah nanti yang akan menyakitkan hati kita dan aku tak nak perkara yang pernah berlaku dekat aku dulu berulang lagi. Perempuan, apa yang kita sangka nyata pada diri mereka selalunya dusta. Selalu memberi harapan palsu dan tak pernah nak jadi diri mereka sendiri. Memang susah nak percayakan mereka. Aku tak nak tertipu dua kali.

Nas: Mak? Kakak kau? Adik perempuan kau ke? Mereka pun tak boleh dipercayai? Aku pun tak tahu apa jenis perempuan yang pernah hadir pada masa silam kau sampai kau sanggup nak menghukum pula perempuan-perempuan lain yang tak ada kena-mengena pun dengan masa silam kau tu. (Haikal sedikit terpaku.) Jangan disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga, Haikal. Kau kena ingat, mungkin juga mereka jauh berbeza daripada perempuan yang kau maksudkan tu. Fikirlah baik-baik. Jangan bertindak melulu je.

Haikal diam sebentar. Tidak lama selepas itu dia mula bersuara tetapi kali ini dengan nada yang agak kecewa.

Haikal: Kau tak akan faham apa yang pernah aku alami sebelum ni. Aku betul-betul cintakan dia dan aku fikir dia juga cintakan aku. Namun cinta dia dekat aku dusta semata-mata. Dekat depan aku, sayang, cinta, tetapi dekat belakang aku dia bermain kayu tiga. Seseorang yang aku sangkakan baik, yang faham aku betul-betul, akhirnya menghancurkan kepercayaan aku terhadapnya selama ni.

Terbayang di benak fikiran Haikal segala yang telah diperlakukan oleh gadis itu terhadapnya. Ketika itu mereka masih belajar di sebuah sekolah menengah di Pahang.

Nas: Curang. Sebab itu je kau nak berdendam dengan semua perempuan dekat dunia ni? Aku faham memang la sikap tu tak elok, tapi kalau kau dah memang tak ada jodoh dengan dia, tak akan bersama juga kan. Lagipun dia hanya curang. Itu ke kehilangan kepercayaan yang kau maksudkan? Sekadar tu je?

Haikal: Bukan setakat itu je. Tak akan aku nak cerita semuanya dekat kau. Cukup la apa yang dah aku cakap. Aku kalau boleh tak nak fikir pun sebenarnya pasal ni semua. Sudahlah, aku nak balik.

Fikiran Haikal kembali ke zaman persekolahannya. Pada ketika itu, dia masih bersama dengan gadis yang dimaksudkan, seorang gadis yang berpewatakan baik, bersopan-santun dan juga bertudung telah membuat hatinya tertawan. Namun pada suatu hari...

Ikram: Wei Haikal, aku tengok awek kau tu rapat semacam je dengan Alif.

Haikal: Maksud kau?

Khalif: Tak ada la, selalu nampak mereka berdua je masa kau tak ada. Makan cendol sama-sama. Siap main suap-suap lagi. Awek orang ke kalau macam tu. (Rakan-rakannya itu mentertawakannya. Haikal memandang kawan-kawannya itu dengan wajah yang kelihatan sangat berang.)


Satu hari, dia mengekori teman wanitanya itu. Wanita itu melalui satu lorong berdekatan dengan rumah kedai yang tidak begitu jauh dengan kawasan perumahan mereka. Dia mengikut tanpa memperlihatkan dirinya dengan berhati-hati. Pencarian hakikat yang sebenar akhirnya amat memeranjatkannya tatkala melihat wanita yang dicintainya selama ini, malahan berpewatakan baik telah bersikap sumbang di belakangnya dengan seorang lelaki yang juga dia kenali.

Haikal: Mia! (Dia menghentikan segala tindakan mereka dengan hanya satu jeritan.) Sampai hati kau, Mia!

Mia: Maaf Haikal. Ini semua bukan seperti yang awak maksudkan.

Haikal: Maksudkan? Maksudkan apa, Mia? Alif, sampai hati kau, Alif! (Dia sudah mula bersikap tidak tentu arah.)

Alif: Sorry Haikal, aku tak bermaksud nak...

Haikal: Sudah, sudah!

Haikal bertambah bengang akan kepuraan mereka berdua yang jelasnya tidak dapat lagi diselindungi.

Haikal: Aku tak akan maafkan kau orang berdua ni sampai bila-bila. Aku tak akan. (Dia terus beredar.)

Fikirannya yang jauh kembali semula ke jasad. Dia agak sukar melenakan diri apabila teringatkan peristiwa itu. "Apakah aku sudah berbuat salah dengan menghukum wanita-wanita lain yang jelasnya langsung tak ada kena-mengena pun dengan masa lampauku itu?" Dia memikirkannya semula. Dia berharap agar dia dapat menerima hakikat dan melupakan segala ceritanya yang silam itu. Hanya masa yang akan menentukan.

                                                                                                                                           Bersambung...









2 comments:

Anonymous said...

skg ak jd follower ko taw,, hurm.. best jgk cte ko,, n wat ak tertunggu2 the next episod..huhu.. gud luck k:)

Aiman Hj Amin said...

Thnx... btw, ni spe ek? nape dy tulis nama kau anonymous.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...